PESTA PENGUMPUL COCA-COLA KEMBALI BUAT KALI KE-9



Pesta Pengumpul Coca-Cola tahun ini menampilkan 76 pengumpul barangan Coca-Cola dengan memorabilia vintaj, ada yang telah berusia lebih 50 tahun. Diadakan buat kali kesembilan di pusat membeli-belah Times Square, pameran itu terus menyemarakkan semangat pengumpul barangan Coca-Cola dengan menghimpunkan mereka yang mempunyai minat sama dari seluruh dunia. Pengumpul dari Malaysia, China, Hong Kong, Indonesia, Japan, Macau, the Philippines, Singapore, Spain, Switzerland, Thailand and Taiwan mempamerkan koleksi peribadi masing-masing dengan kebanyakan mereka menjual dan bertukar sesama sendiri untuk menambah koleksi yang ada.

Bertemakan “Celebrating Festivities”, pesta tahun ini dilangsungkan menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. 


Pesta Pengumpul Coca-cola diadakan di Berjaya Times Square menjadi tumpuan penggemar Coca-cola dan orang ramai.

Antara koleksi botol kaca Coca-cola yang menarik dari seluruh dunia. 

Pengumpul Ng Chern Kheat dengan botol edisi terhad kesayangannya.

Pempamer menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghiasi gerai masing-masing dengan tema “Celebrating Festivities”, 

Merah - Putih: Antara memorabilia Coca-cola yang dipamerkan di Pesta Pengumpul Coca-cola

Pemenang Pempamer Terbaik - keluarga tiga generasi,  En. Lee Siew Poh dan anak, menantu dan cucunya.

Disokong Kelab Pengumpul Coca-Cola Malaysia, pameran ini dianjurkan bagi menghimpunkan penggemar jenama Coca-Cola dan warisan dimiliki, untuk melabur masa serta sumber bagi menambah koleksi dengan barangan jarang dan sukar ditemui.

Acara sehari itu diadakan setiap tahun sempena Hari Pengasas Coca-Cola iaitu pada 8 Mei, tarikh Coca-Cola mula dijual di Atlanta, Georgia pada 1886 iaitu 133 tahun lalu.

Comments

Popular posts from this blog

DRAMA BAHARU AKASIA TV3: “LUKA DI HUJUNG SETIA” GANDINGKAN DATO’ ADI PUTRA & ZARA ZYA

DAPATKAN TAWARAN RM6, KOLEKSI EKSKLUSIF OREO & BTS DAN POP MART DI SHOPEE 6.6

KEINDAHAN ORKID DI RESORTS WORLD AWANA: FESTIVAL BUNGA 2026 KINI BERMULA!