PRODUK JOHNSON’S® KINI DENGAN FORMULA BARU ULTRA GENTLE
Pilihan No. 1 para ibu di Malaysia1, JOHNSON’S® menambah baik ciri kelembutan dalam produk bayi dengan memperkenalkan JOHNSON’S® Baharu - rangkaian produk penjagaan bayi dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna2, dan dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang membesar.
Berucap sewaktu pelancaran rangkaian produk baharu hari ini bersama Watsons, salah satu peruncit utama di Malaysia, Encik Prashant Mahalingam, Pengarah Negara untuk Pengguna, di Johnson & Johnson Malaysia, berkata JOHNSON’S® yang baharu adalah bukan sekadar proses formulasi semula, tetapi ia merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi JOHNSON’S® secara keseluruhan dari perspektif pengguna atau ibu bapa.
Proses ini turut dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama ini selama 125 tahun berkaitan kulit bayi dan sains pengeluaran.
Proses ini turut dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama ini selama 125 tahun berkaitan kulit bayi dan sains pengeluaran.
“Untuk menghasilkan rangkaian produk JOHNSON’S® yang baharu, kami telah memberi keutamaan kepada ibu bapa - dengan mendengar pendapat lebih daripada 26,000 ibu bapa di seluruh dunia - dan menggabungkan maklum balas mereka dengan penemuan sains terkini untuk membentuk dan menambah baik produk kami dari luar dan juga dari dalam. Hasilnya adalah rangkaian produk penjagaan bayi JOHNSON’S® yang paling lembut sehingga kini, dan meningkatkan tahap piawaian Best for Baby™ kami dari formulasi sehinggalah reka bentuk pembungkusan,” katanya.
Sebagai pelancaran semula yang terbesar, JOHNSON’S® yang baharu telah menetapkan piawaian untuk kelembutan menerusi pemilihan bahan yang bermanfaat dan ketelusan bahan yang sepenuhnya. Menerusi reka bentuk pembungkusan yang baharu dan label yang mudah difahami oleh ibu bapa bagi mengenal pasti produk untuk kanak-kanak pada umur dan peringkat pembesaran yang berbeza, bahan dinilai dan menjalani proses jaminan kualiti yang ketat bagi memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa.
"Keselamatan akan sentiasa menjadi keutamaan kami di mana setiap produk JOHNSON'S® direka untuk memenuhi atau menjangkau piawaian kawal selia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa,” tambah Prashant.
Apakah perubahan dengan JOHNSON’S® yang baharu?
- Pilihan bahan yang bermanfaat: JOHNSON’S® telah memilih setiap bahan dalam rangkaian ini dan telah menolak lebih 400 bahan sewaktu proses formulasi. Portfolio bahan telah dikurangkan sebanyak 50% dengan minyak yang diperoleh secara semula jadi seperti minyak kelapa dan biji kapas dipilih untuk menggantikan minyak mineral. Rangkaian baharu ini adalah 0% paraben, ftalat, sulfat dan pewarna2 – hanya kurang daripada 2% daripada bahan kosmetik di peringkat global yang memenuhi piawaian kelembutan ini.
- Wangian yang direka dengan mengutamakan ibu dan bayi: Bau, ingatan dan emosi mempunyai kaitan yang rapat antara satu sama lain. Kajian menunjukkan bahawa pengalaman berbilang deria merupakan bahagian yang penting dalam perkembangan bayi yang sihat dan gembira. JOHNSON’S® bukan sahaja mengekalkan haruman ikonik yang dimiliki produk klasiknya yang terkenal dan disukai ramai serta dicipta untuk memaksimumkan saat-saat ikatan antara ibu bapa dan bayi mereka. Semua wangian kini diformulasi supaya bebas alergen dan mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM).
- Pembungkusan yang mesra ibu bapa: Botol JOHNSON’S® yang baharu kini dilengkapi dengan pam yang direka untuk penggunaan yang mudah menggunakan satu tangan supaya perhatian ibu bapa sentiasa tertumpu pada bayi.
- Produk yang direka khas untuk setiap peringkat dan umur bayi: Produk JOHNSON’S® bukan sahaja membersihkan dan melembapkan – setiap satu diformulasi khusus untuk memenuhi keperluan istimewa kulit bayi dan menjadikan saat-saat penjagaan sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan antara bayi dan ibu bapa mereka serta mengukuhkan perkembangan mereka dengan sihat. Rangkaian baharu ini menampilkan empat ‘Umur & Peringkat’ bagi membantu ibu bapa memilih produk mengikut kumpulan masing-masing. Rangkaian penjagaan bayi JOHNSON’S® yang baharu sesuai untuk bayi yang baru lahir hinggalah yang berumur 6 tahun.
Sebab-sebab bayi memerlukan produk yang lembut
Menurut Robert Kwon, Pengarah Bersekutu, Keterlibatan Saintifik bagi Johnson & Johnson Asia Pasifik, berkata sewaktu pelancaran JOHNSON’S® yang baharu, kulit bayi adalah berbeza berbanding kulit dewasa, serta memerlukan pembersihan dan penjagaan yang rapi dan lembut. “Kulit bayi boleh hilang kelembapan dua kali atau lebih cepat berbanding kulit dewasa. Ia mempunyai faktor kelembapan yang lebih kurang dan sentiasa kering walaupun tidak kelihatan kering. Kulit yang kering boleh mendatangkan kegatalan dan senang ditembus oleh bakteria dan alergen, oleh itu bayi memerlukan perbersihan dan kelembapan untuk melindungi pertahanan kulitnya, katanya.
“Di JOHNSON’S®, kami sentiasa komited untuk memberikan hanya yang terbaik untuk bayi dan dalam dunia hari ini yang penuh cabaran, kami tetap bersemangat untuk menyokong ibu bapa untuk CHOOSE gentle, iaitu memberikan produk penjagaan bayi yang paling lembut untuk si manja mereka,” kata En. Prashant Mahalingam.
Rangkaian produk penjagaan bayi JOHNSON’S® yang baharu boleh didapati di kedai-kedai jualan utama, termasuklah Watsons mulai Jun 2019. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang JOHNSON’S® yang baharu, sila layari www.johnsonsbaby.com.my atau ikuti kami di laman Facebook JOHNSON’S® Malaysia di www.facebook.com/JohnsonsbabyMY.
Nota
kaki:
1
Berdasarkan Laporan Kantar Worldpanel
tentang Kategori Kelengkapan Dandanan Bayi di Semenanjung Malaysia selama 52
minggu sehingga 22 April 2018, yang disediakan sebagai sebahagian daripada
Perkhidmatan Panel Bayi Kantar.
2
Paraben, ftalat, dan sulfat tidak ditambah
dalam semua rangkaian produk JOHNSON’S® yang baharu. Pewarna tidak
digunakan dalam semua produk kecuali JOHNSON’S® Active Kids™ Clean
& Fresh Bath.
Comments
Post a Comment