"SELOKA HARI RAYA" DIBERI NAFAS BARU OLEH ARTIS WARNER MUSIC



Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma, Warner Music Malaysia (WMM) menerbitkan sangre khas Hari Raya Aidilfitri "Seloka Hari Raya" yang menampilkan barisan artis di bawah naungan label WMM. Turut dilancarkan adalah video muzik "Seloka Hari Raya" yang memaparkan kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri. Amara artis yang terlibat dalam pembikinan single dan video muzik Ini adalah Andi Bernadee, Yasin Sulaiman, Kucaimars, Amit Hasan, Ajak Shiro, Alyah, Ezlynn, Bunga, Layla Sania, Kaka Azraf, Pasya dan Awi Rafael. 

Mengulas tentang usaha merakam semula lagu raya malar segar nyanyian Uji Rashid dan Hail Amir ini, Anne Mukhtar selaku Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Domestik Warner Music Malaysia berkata, "Rakaman semula lagu ini merupakan usaha pihak WMM untuk memberi interpretasi moden kepada lagu raya yang sekian lama menjadi siulan ramai sejak bertahun-tahun lamanya. Dinyanyikan semula oleh barisan artis muda dan artis popular masa kini, lagu ini diharap dapat memberikan nafas baru dan memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini." 


Single 'Seloka Hari Raya" boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, loox dan juga Apple Music bermula 17 MEI 2019. Manakala video muzik "Seloka Hari Raya" boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 20 MEI 2019. 

Selain daripada itu, bagi menambahkan lagi keberkatan ibadah puasa di bulan Ramadhan, Warner Music Malaysia bakal menganjurkan sebuah Majlis Berbuka Puasa Warner Music Malaysia pada hari Selasa, 14 Mei 2019 bertempat di Hotel Royal Kuala Lumpur. Majlis berbuka puasa ini bakal dihadiri oleh artis-artis Warner Music Malaysia yang akan turut meraikan dan menyantuni seramai 30 orang kanak-kanak dari Rumah Kasih Sayang, sebuah rumah kebajikan yang menempatkan kanak-kanak kurang bernasib baik dari kalangan anak yatim, anak fakir miskin dan sebagainya. 

"Majlis ini merupakan kesinambungan majlis yang kami adakan pada setiap tahun. Ini merupakan usaha kami dalam menghidupkan bulan Ramadhan dengan aktiviti yang dianjurkan dalam Islam. Disamping dapat menyantuni anak-anak yang kurang bernasib baik. Majlis ini juga bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara artis naungan kami dengan rakan-rakan media serta penggiat industri muzik tanahair," jelas Anne Mukhtar. 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Hotel Royal Kuala Lumpur kerana sudi menaja lokasi dan juadah berbuka puasa untuk majlis pada hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING