SINOPSIS FILEM WIRA LAKONAN HAIRUL AZREEN & FIFY AZMI



Berikutan kejayaan filem PASKAL di boxoffice, pengarah Adrian Teh diberi peluang untuk menghasilkan sebuah filem lagak aksi lagi yang bertajuk WIRA. 

Filem berbajet 8 juta dalam kos produksi ini berteraskan kekeluargaan dan aksi MMA sedang menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Rawang. Ia dijangka bakal menemui peminat di pawagam pada hujung tahun ini.


Filem terbitan Multimdia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw ini dibintangi oleh barisan pelakon tempatan seperti Hairul Azreen, Fify Azmi, Henley Hii, Ismi Melinda, Josiah Hogan dan Dain Said. 

Filem ini turut mendapatkan khidmat pakat lagak ngeri Indonesia Yayan Ruhian yang pernah menjayakan filem The Raid.


SINOPSIS

Filem ini mengisahkan tentang karakter utamanya, Hassan (Hairul Azreen) yang merupakan seorang bekas tentera yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil. Dia menyertai tentera bukan sahaja untuk mengawal "setan" dalam dirinya tetapi juga tidak sanggup melihat hidup keluarganya dan orang sekelilingnya yang ditekan dan dikawal oleh Raja (Dain Said). 

Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali juga demi keluarga dan menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. 

Hassan dan Zain terpaksa bertanding sekali lagi dengan Vee (Ismi Melinda) dan Rawan (Josiah Hogan), kedua-dua anak Raja. Apakah halangan yang akan mereka hadapi seterusnya? Adakah Hassan mampu menyelamatkan keluarga dan orang di sekelilingnya?

Comments

Popular posts from this blog

SEPARUH NAFAS CINTA: SENGSARA PERKAHWINAN PAKSA DAN IBU MENTUA DARI NERAKA

SAGA SERBA BAHARU KINI TIBA: SEDAN IKONIK MALAYSIA MEMACU NEGARA KE ERA BAHARU

SAFI MELANCARKAN SUNSCREEN SERUM PERTAMA: SAFI PERFECT WHITE 3X ADVANCE WATERY LIGHT SERUM SUNSCREEN

LUSH MALAYSIA MEMPERKENALKAN RANGKAIAN SNOW FAIRY PERTAMA DI SUNWAY PYRAMID