SNEAKERS KARL LAGERFELD X PUMA BAKAL DI PASARAN 16 MEI

KARL LAGERFELD dan PUMA mengumumkan kolaborasi dan memperkenalkan dua rekaan sneakers edisi terhad yang bakal dilancarkan secara global pada 16 Mei 2019.
Sneakers ini menggabungkan gaya jalanan "swagger" PUMA dengan sentuhan klaisk yang sofistikated daripada KARL LAGERFELD.
Dilitupi corak polka dot, rekaan sporty-chic ini adalah diperbuat daripada kulit lembut untuk memberikan keselesaan dan gaya kepada si pemakai. Ia membawakan DNA KARL LAGERFELD dengan rona signatur hitam putih. Silhuet bernama Roma, diperkenalkan oleh PUMA dalam tahun 1968 sebagai kasut trek diberi nafas baru dalam kolaborasi ini.
Kolaborasi ini menampilkan dua rekaan: Roma untuk lelaki dan wanita (unisex) manakala Roma Armor untuk wanita sahaja. Rekaan uniseks diperbuat daripada kulit lembut di bahagian upper dan menampilkan grafik KARL LAGERFELD di bahagian sisi.
Sneaker wanita pula diperbuat daripada satin dan menampilkan grafik unik logo KARL LAGERFELD. Kedua-dua rekaan ini mempunyai tapak tengah (midsole) yang memperagakan penjenamaan KARL LAGERFELD yang besar.
Comments
Post a Comment