PROGRAM BUAL BICARA ‘MINGGUAN WANITA’ TAMPIL SERBA BAHARU



Program ‘Mingguan Wanita’ ialah sebuah program bual bicara khusus buat golongan wanita terbitan Astro Prima dengan kerjasama strategik bersama pihak Karangkraf menerusi Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. 

Kembali serba baharu untuk musim yang kedua, ‘Mingguan Wanita’ masih mengekalkan kandungan format asal yang dirangka untuk mengetengahkan pelbagai topik dan perkongsian menarik mengenai wanita, hal ehwal rumah tangga dan isu-isu kekeluargaan merangkumi kupasan komprehensif mengenai isu-isu semasa berkaitan kesihatan, kecantikan, fesyen, kemanusiaan, gaya hidup, pengembaraan, motivasi dan sebagainya. Namun begitu, terdapat pengisian elemen baharu turut diperkenalkan untuk menambah baik kandungan format asal agar kekal relevan untuk tontonan masyarakat masa kini. 

Bagi merancakkan lagi penerbitan musim terbaharu, lima selebriti popular serta tiga personaliti terkenal tanah air bakal digandingkan buat pertama kalinya sebagai hos bersama yang akan mengendalikan episod harian secara bergilir-gilir selama lima hari seminggu. 

Lima selebriti popular tanah air yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan ‘Mingguan Wanita’ selaku hos bersama ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Sherry Alhadad, Norman Hakim dan Radin Amir (ERA). Manakala tiga personaliti terkenal dalam bidang masing-masing yang turut diberi mandat yang sama adalah Dato’ Fadzilah Kamsah, Prof. Dr Muhaya dan Imam Muda Ashraf.

Siaran langsung ‘Mingguan Wanita’ akan berdurasi selama 60 minit sepanjang 155 buah episod dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 11.00 pagi mulai 8 Julai 2019 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121). 

Untuk pilihan yang fleksibel, ‘Mingguan Wanita’ juga turut boleh diakses menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’. 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI