SENI BATIK DAN TRADISI RAYA DI MID VALLEY MEGAMALL


Mid Valley Megamall meraikan kedatangan Hari Raya ini dengan mempersembahkan kempen bertemakan seni batik mulai 16 Mei sehingga 9 Jun 2019. 
Pelbagai gerai telah disediakan untuk pengunjung-pengunjung membuat persiapan. Hiasi rumah anda dengan produk hiasan dalaman daripada Blue Eyes Creative Sdn Bhd dan Kitchen Club.


Tampil bergaya dengan batik, seni budaya kebanggan negara dengan busana daripada Emerald Brilliant, Karyaneka, Le Moomba dan Zona by Metrojaya. Jangan lupa mendapatkan aksesori dan kasut daripada Poh Kong, Christy Ng Shoes, Minimalist Lab, dan KT Songket.


Hari Raya tidak lengkap dengan sajian raya. Bawa pulang kuih raya dan bermacam lagi jajan dan kudapan daripada Famous Amos, KitKat Chocolatory, Love18 Chocolatier, Rentang Atuk dan Vanilla Mille Crepe.

Dapatkan idea hadiah daripada Hello Planet dan Lovely Lace. Cetak foto-foto keluarga anda di Fujifilm by Foto Shangri-La sebagai memori yang berpanjangan. 


Pelbagai aktiviti turut disediakan untuk para pengunjung seperti persembahan tarian tradisional dan Elegantz Raya, demonstrasi membuat batik di Centre Court, Aras Bawah. 

Pengunjung yang mengambil gambar di ruang pameran yang dihiasi indah dengan bayaran RM10 mulai 16 Mei – 9 Jun 2019 akan menerima gambar tersebut dengan bingkai. Dana yang terkumpul bakal disalurkan kepada badan amal.


Tebus sampul duit raya dan barangan raya eksklusif dengan pembelian minima RM100 dalam resit tunggal menggunakan kad kredit HSBC Malaysia* (RM200 dengan pembelian tunai atau kad kredit lain) di kedai-kedai yang mengambil bahagian di Mid Valley Megamall.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 – 2938 3333 (10 pagi - 10 malam) atau layari: 
Laman web: www.midvalley.com.my 

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM