THE CURVE CERIAKAN RAYA BERSAMA ANAK YATIM



Raya lebih bermakna apabila dapat berkongsi dan diraikan bersama keluarga dan sanak saudara. Sempena meraikan bulan Syawal yang bakal tiba, the Curve telah menjemput anak-anak yatim daripada Rumah Permata Hatiku untuk bersama-sama menyambut Hari Raya dengan berlatar belakangkan suasana kampung halaman. 

Para tetamu cilik disambut gembira oleh Pihak Pengurusan the Curve setibanya mereka di pusat membeli belah tersebut sebelum dibawa masuk ke Centre Court. Anak-anak tersebut terpegun melihat hiasan terperinci dan realistik suasana kampung yang dihasilkan dengan efek cat air. Dikelilingi oleh pepohon kelapa, tetamu dapat menikmati suasana kampung yang sebenar. Selain itu, kempen tahun ini juga membawakan aspek interaktif di mana permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan ceper disediakan untuk hiburan bagi semua. Anak-anak yatim tersebut tampak sungguh teruja dan seronok mencuba permainan-permainan tradisional ini buat kali pertama! 


Seterusnya, bagi acara kemuncak pada petang itu, Muzikal Kenangan Manis telah memeriahkan suasana apabila penari-penari berbakat menghiburkan para tetamu dengan tarian mereka yang didendangkan bersama lagu-lagu hit Melayu klasik. Tarian tradisional seperti Joget dan Zapin juga diterapkan ke dalam persembahan itu untuk mempamerkan kehidupan harian desa zaman dahulu dan keseronokan beraya di kampung bersama keluarga. 


Encik Jazmi Kamarudin, Pengurus Besar Kanan the Curve berkata, “Ianya adalah tradisi tahunan the Curve untuk berkongsi rezeki bersama yang lebih memerlukan terutamanya pada musim-musim perayaan seperti ini. Walaupun perkongsian ini tidaklah sebesar mana, hanya dengan berbuka puasa bersama, kami percaya ini dapat memberi makna kepada mereka yang hadir dan inilah yang kami ingin sampaikan kepada para tetamu undangan. Kami berharap mereka telah menikmati waktu mereka disini bersama the Curve dan kami amat berbesar hati kerana diberikan peluang untuk berbuka puasa bersama dengan anak-anak ini!” 


Anak-anak serta penjaga mereka telah dihadiahkan dengan cenderahati dan Duit Raya sebelum menuju ke Restoran Marhaba untuk hidangan buka puasa yang lazat. 

Bermula daripada 3 Mei hingga 6 Jun 2019, bersempena dengan kempen Raya, the Curve bakal dihiasi dengan suasana kampung berserta dengan pelbagai permainan tradisional yang boleh dimainkan oleh para pengunjung. Para pelanggan juga boleh menyaksikan Muzikal Kenangan Manis dua kali sehari setiap hujung minggu dan juga pada Hari Raya pertama dan kedua. 


Untuk lebih memeriahkan bulan Ramadhan ini, para pelanggan dapat menebus set Kole Air apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM480 dalam maksimum dua resit atau menebus paket Raya apabila mereka berbelanja sebanyak RM180 dalam maksimum dua resit. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat dan sementara stok masih ada. Tambahan lagi, pengguna aplikasi Boost yang berbelanja RM50 di kedai yang mengambil bahagian bakal menerima rebat sebanyak RM10! 

Berminat untuk merasai kemeriahan kempen Raya di the Curve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan the Curve di 03-7710 6868 atau layari laman web www.thecurve.com.my atau Facebook the Curve di www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau Instagram di https://www.instagram.com/thecurve_official/ (thecurve_official). 

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA