XIAOMI LANCAR TELEFON PINTAR MI 9T DI MALAYSIA
Xiaomi hari ini mengumumkan ketibaan telefon pintar Mi 9T di pasaran Malaysia. Telefon yang ditunggu-tunggu ini menawarkan spesifikasi tinggi dengan harga berdaya-saing seperti penggunaan kamera swafoto pop-naik, tri-kamera belakang 48-megapixel, bateri 4000mAh, sokongan NFC, pengimbas cap jari dalam paparan, bicu audio 3.5mm, port USB Type-C dan dikuasai oleh the Qualcomm® Snapdragon TM 730.
(Dari kiri) Xiaomi Country Manager of Malaysia and Singapore, Mr. Allen An and Head of Mobile Lazada Malaysia, Mr. Kenneth Khor |
Mi 9T boleh didapati dalam dua versi. Mulai
25 Jun 2019, Versi 6GB+64GB dengan harga runcit RM 1199 bakal dipasarkan secara
eksklusif di Lazada. Pelanggan yang membuat pra-tempahan dalam tempoh 20 - 24
Jun boleh mendapatkannya dengan harga istimewa RM 1099. Untuk maklumat lanjut
tentang pra-tempahan, sila klik DI SINI.
Versi 6GB+128GB akan dipasarkan pada 29 Jun
2019 dengan harga RM 1399. Versi 6GB+128GB akan dijual secara eksklusif di
kedai-kedai Mi. Mi 9T boleh didapati dengan tiga pilihan warna iaitu Carbon
Black (hitam), Glacier Blue (biru) dan Flame Red (merah) untuk kedua-dua versi.
Spesifikasi:
6.39” AMOLED FHD+ (2340 x 1080p)
Corning Gorilla Glass 5 / 2.5D glass
Android 9 Pie + MIUI 10
Qualcomm Snapdragon 730
6GB + 64GB / 128GB
48MP (IMX582) + 13MP + 8MP
20MP selfie
4,000mAh quich charge 18W
USB Type-C / Bluetooth 5.0 / bicu audio 3.5mm / Dual 4G
Comments
Post a Comment