AGODA BERIKAN LEBIH PENJIMATAN DENGAN "MIX & SAVE"



Agoda, salah satu platform percutian digital yang paling berkembang maju di dunia telah melancarkan satu fungsi baharu iaitu “Mix and Save”. Ia membolehkan pelanggan, mendapatkan penjimatan sehingga 50 peratus dengan menempah kombinasi bilik termurah dalam hotel yang sama. 

Diperkasakan dengan teknologi dan hubungan kerjasama yang erat dengan rakan penginapan Agoda, fungsi baharu ini membantu para pelanggan untuk membahagikan tempahan kepada beberapa tempahan bilik berasingan. Ia bertujuan untuk penjimatan maksimum dalam pencarian mereka bagi tempoh menginap 2 hingga 14 malam di mana-mana tempat penginapan Agoda di seluruh dunia. 

Mix and Save di Agoda.com

“Inovasi ini didorong oleh pelanggan kami. Kami perhatikan ada dalam kalangan pelanggan kami yang menggunakan kaedah cuba-cuba untuk ‘campur dan jimat’, iaitu mereka memecahkan tempahan penginapan mengikut tawaran bilik yang berasingan untuk mendapatkan harga keseluruhan yang terbaik, walaupun cara ini agak rumit dan memakan masa yang lama. Mengikut cara lama, wakil pelancongan atas talian menganggap pelanggan tidak mahu menukar bilik dalam tempoh menginap, tetapi kajian kami telah menunjukkan bahawa ada pelanggan yang lebih fleksibel dan sanggup menukar bilik demi mendapatkan penjimatan untuk harga yang lebih murah. Kami merasa teruja menjadi wakil pelancongan atas talian utama dunia yang menawarkan kadar “ala-penggodam” sebegini. “Mix and Save” membantu rakan penginapan kami untuk mendapatkan inventori yang optimum, dan menunjukkan komitmen kami bagi memberikan harga penginapan yang terbaik kepada pelanggan kami.” kata Omri Morgenshtern, Ketua Pegawai Operasi, Agoda. 

Buat masa ini fungsi “Mix and Save” boleh didapati melalui komputer peribadi. Agoda sedang dalam proses menaiktaraf perkhidmatan ini bagi membolehkan pelanggan untuk mendapatkan tawaran “Mix and Save” melalui telefon pintar, menjadikan proses penempahan bilik secara berasingan di bawah satu tempahan lebih mudah bagi setiap pengguna.

Comments

Popular posts from this blog

EKSKLUSIF: BUKAN SEKADAR FILEM AKSI, 'HUNTER ELEVEN' ADALAH MISI MALAYSIA MENAKLUK SINEMA DUNIA

SOARING CREATIVITY: PAVILION HONG KONG MERIAHKAN BOOKFEST @ MALAYSIA 2026

ORANG RAMAI BERATUR PANJANG DI SELURUH NEGARA KETIKA SHOPEE BELANJA RAKYAT MALAYSIA BUTTERCRÈME LATTÉ PERCUMA DARIPADA ZUS COFFEE SEMPENA RAYA

RAYA TETAP RAYA: RTM TEMAN SETIA SEPANJANG SYAWAL