AJAK SHIRO BAWA LAGU 'YANG MANO' CIPTAAN ALTIMET DAN EZRA KONG



Baru sahaja menamatkan tugas sebagai penyampai radio awal tahun lalu, pelawak dan pengacara terkenal Ajak Shiro terus mengatur langkah baru dalam arena muzik. 

Selepas tampil dengan single pertama 'Ging Gang Guli' kira-kira setahun yang lalu, kini Juara Maharajalawak Mega 2019 ini tampil dengan single kedua yang berjudul 'Yang Mano'. 

'Yang Mano' dicipta oleh gabungan komposer dan rapper terkenal Altimet bersama komposer berbakat besar Ezra Kong. Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup dimana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya dan rentaknya berunsur catchy yang boleh diterima semua lapisan masyarakat. 


Video muzik rasmi ‘Yang Mano’ membawa konsep ‘catchy’ dan menyelitkan unsur komedi selari dengan Ajak. Ajak menampilkan diri sebagai Baba (seorang bapa) yang sesuai dengan isi kandungan video muzik rasmi ini. 

Video muzik rasmi ‘Yang Mano’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia pada jam 8 Malam ini manakala single ‘Yang Mano’ merupakan terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 12 April 2019 yang lepas. 

Pautan untuk single ‘Yang Mano’: https://wmm.lnk.to/ajak

Saksikan video muzik rasmi ‘Yang Mano’ : 

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM