AMLIFE LANCAR ZLEEPHONIN UNTUK TIDUR LEBIH LENA



Untuk memperkukuh kedudukannya sebagai pakar kesihatan tidur, AmLife telah memperkenalkan produk terbarunya Zleephonin – minuman kesihatan botani yang merangsang kegembiraan, kelenaan tidur dan kesejahteraan menyeluruh. 

Laporan media menunjukkan bahawa Malaysia menduduki tempat ke-80 senarai negara paling gembira dalam Laporan Kegembiraan Dunia 2019, jatuh 45 tempat berbanding tempat ke-35 yang diduduki pada 2018. 

Satu tinjau selidik syarikat insurans pada 2017 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia terlalu kuat bekerja, secara purata 15 jam lebih daripada yang ditetapkan dalam kontrak kerja setiap minggu. Tinjau selidik ini menunjukkan bahawa pekerja Malaysia terlalu kuat bekerja, tertekan dan menjalani gaya hidup tidak sihat. Akibatnya, ramai tidak gembira dan berdepan dengan risiko masalah kesihatan yang tinggi dan mengakibatkan kehilangan produktiviti. 

Menurut Tinjau Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, setiap 3 dalam 10 orang dewasa berumur 16 tahun dan ke atas mengalami masalah mental atau tekanan. Laporan media pada 2018 menunjukkan bahawa di Malaysia, masalah kesihatan mental dalam kalangan orang dewasa meningkat daripada 10.7 peratus pada 1996 kepada 11.2 peratus pada 2006, berbanding 29.2 peratus pada 2015. Penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar yang menjejaskan rakyat Malaysia selepas penyakit jantung menjelang 2020. 

En. Lew Mun Yee, Pengasas dan Presiden AmLife menjelaskan bahawa rakyat Malaysia semakin tertekan dengan kesibukan dan tekanan gaya hidup moden yang menjejaskan kegembiraan, mood & kesejahteraan. Ini seterusnya memberi kesan buruk kepada kualiti tidur kita dan kesihatan kita secara keseluruhan, dan mempercepatkan penuaan. 

“Rakyat Malaysia kini lebih tertekan, terlalu kuat bekerja dan menghabiskan terlalu banyak masa dengan media sosial dan pelbagai peranti. Ini sedikit sebanyak menjejaskan hubungan kekeluargaan, kesihatan dan kesejahteraan diri. Peningkatan usia dan penuaan sel mengurangkan keupayaan untuk berfungsi secara fisiologi, menyebabkan penyakit penuaan seperti rambut putih, penuaan kulit, masalah menopaus, gangguan tidur, kehilangan ingatan, penyakit Alzheimer, penyakit jantung, kanser dan sebagainya,” kata Lew. 

“Kami telah memperkenalkan Zleephonin untuk menangani tabiat dan isu gaya hidup moden. Zleephonin ialah diet semula jadi untuk kelenaan tidur, kesihatan dan kegembiraan hidup. Ia membantu anda merasa tenang dan mendapat tidur yang lena dengan formula semula jadi sepenuhnya untuk menjamin kesan kebaikan tidur setiap hari. Anda akan merasa bertenaga sepanjang hari dan menjalani hidup sihat, indah dan gembira!” kata Lew. 

Zleephonin boleh didapati dalam bentuk booster yang mudah dibawa ke mana-mana dan diminum pada bila-bila masa – sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk. Pek uncang menyenangkan anda untuk menikmati Zleephonin (dalam bentuk serbuk) yang boleh dimasukkan terus ke dalam mulut atau dicampur dengan air untuk menyediakan minuman yang lazat dan berkhasiat. 

Zleephonin adalah formula dipatenkan yang keseluruhannya menggunakan ekstrak semula jadi dengan ekstrak kulit pisang sebagai ramuan utama. Ramuan khusus Hydroxyanegorufone™ yang diekstrak daripada kulit pisang berkesan meningkatkan penghasilan gen berkaitan laluan metabolic triptofan, dengan demikian merangsang sintesisi serotonin dan melatonin dalam badan. 

Selain manfaat ekstrak kulit pisang, Zleephonin secara unik menggunakan formula yang dicipta khusus untuk menyelesaikan pelbagai masalah gangguan tidur. Bahan-bahan ini termasuk L-Triptofan, Jeli Raja, Ceri Acerola, ekstrak Beras (seramida), Prunus Cerasus, Anggur Hitam, Serat Oat, dan Kalsium Susu. 

Khasiat bahan-bahan ini: 
  • Kulit pisang – tidur lena dan tidur nyenyak 
  • Jeli Raja – Kecantikan Tidur, Menyelaraskan Hormon 
  • Ceri Acerola – Kecantikan Tidur, Menambah Baik Daya Ketahanan, dan Kesihatan Tidur 
  • Ekstrak Beras – melembapkan, kecantikan tidur 
  • Anggur Hitam – menghilangkan lingkaran gelap 
  • Serat Oat – mengurangkan kelesuan kronik 
  • Ceri Masam – mengurangkan kesakitan dan keradangan disebabkan insomnia 
  • Kalsium Susu – menguatkan tulang dan mengurangkan kekejangan kaki semasa anda tidur 
  • Triptofan-serotonin dan melatonin 

Kulit Pisang untuk Rasa Senang 

Banyak jurnal kesihatan dan perubatan melaporkan bahawa kulit pisang kaya dengan Triptofan, iaitu asid amino penting yang meningkatkan serotonin (neurotransmiter) kita yang diketahui membuat kita rasa relaks, menambah baik mood kita dan membuat kita umumnya merasa lebih gembira. 

Vitamin B6 yang terkandung di dalamnya mengawal paras glukosa darah, yang boleh mempengaruhi mood kita. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa pengambilan kulit pisang (dua sehari, selama tiga hari) boleh meningkatkan tahap serotonin dalam otak sebanyak 15%. 

Fungsi penting serotonin otak adalah untuk mengimbangkan mood dan menyumbang kepada kesejahteraan dan kegembiraan. Inilah sebabnya banyak ubat antimurung dihasilkan untuk meningkatkan tahap serotonin dalam otak. 

Tidur Berkualiti 

Zleephonin mengawal atur melatonin secara semula jadi. Melatonin ialah endokrin penting badan manusia. Ia boleh melengahkan penuaan badan manusia dan menambah baik kualiti tidur. Ia juga membantu melindungi otak daripada radikal bebas yang menjejaskan mood dan kesihatan kita. Melatonin hanya dirembes dalam gelap. Sintesis melatonin terhalang apabila mata terdedah kepada cahaya. 

Pada Januari 2018, pakar sains perubatan menerbitkan laporan tentang melatonin dalam Journal of Neuroscience Research, yang berfungsi untuk melindungi otak dan mencegah kemerosotan neurodegenatif dan kemerosotan strok/penyakit Alzheimer/penyakit Parkinson. 

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa rembesan melatonin mencapai tahap paling tinggi pada usia 6 tahun, dan mula merosot pada usia 35 tahun. Menjelang usia 40 tahun, tahap rembesan berkurangan separuh dan menjelang usia 80 tahun, tahap rembesan boleh dikatakan tidak boleh diukur. Inilah sebabnya kanak-kanak boleh tidur nyenyak dan orang tua tidak lena tidur. 



Zleephonin dimuatkan dalam kotak 30 uncang dan dijual pada harga RM388 sekotak. Untuk maklumat lanjut tentang Zleephonin, sila klik www.amlife.com.my atau hubungi 03-80707616.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI