ASTRO MERAIKAN SYAWAL DENGAN KANDUNGAN YANG MENGERATKAN KELUARGA, MENYEMARAKKAN KEBERSAMAAN
Kempen Ramadan Raya Astro pada tahun ini membawa tema ‘Bila Bersama, Lagi Jadi’ yang mengangkat nilai kebersamaan sebagai teras sambutan. Sebagai pembuka tirai, Astro memperkenalkan identiti visual yang unik melalui kolaborasi bersama Novak Batik, menggabungkan elemen batik klasik dengan rekaan kontemporari bagi melambangkan penyatuan tradisi dan kreativiti. Semangat ini turut diterjemahkan menerusi filem pendek Raya tahunan yang menampilkan elemen budaya seperti pelita panjut dan usung rumah. Iklan berdurasi 15 minit arahan Hyrul Anuar ini mengisahkan persaingan jenaka antara Samad (Adlin Aman Ramlie) dan Razak (Faizal Hussein) yang akhirnya menyedari bahawa keindahan Aidilfitri hanya tercipta apabila komuniti bersatu hati.
Dari segi pengisian televisyen, Astro mempersembahkan 16 buah telefilem khas merentasi pelbagai genre di saluran Astro Ria dan Astro Prima. Antara naskhah yang menjadi tumpuan termasuklah drama konflik Dia Bukan Syurga Raya lakonan Nazim Othman, kisah tragik Kerikil Depan Rumah yang dibintangi Diana Danielle, serta komedi kekeluargaan Raya Jujur Je yang menampilkan keluarga Sharifah Shahirah.
Penonton juga boleh menikmati siri animasi segar Kisah Bawah Tanah dan kesinambungan drama popular seperti Andai Itu Takdirnya 2 serta kepulangan Keluarga Iskandar 3. Bagi peminat muzik, pentas hiburan digegarkan dengan konsert berskala besar seperti Konsert GenKRU, Rockqueen Ella 2026, dan Sembilu The Reunion yang menyatukan Datuk Awie, Erra Fazira, serta Ziana Zain.
Kepelbagaian kandungan ini turut diperluaskan ke platform sukan, digital, dan radio bagi memastikan kemeriahan dirasai di mana-mana sahaja. Astro Arena membawakan Arena Ketupat Rendang yang menggabungkan dunia bola sepak dan hiburan bersama legenda sukan negara, manakala Astro Gempak menyediakan pengisian santai seperti Travel Balik Utara.
Di corong radio, Astro Audio melancarkan lagu raya sulung bertajuk Inilah Raya yang menampilkan 20 penyampai daripada pelbagai stesen. Selain itu, peminat filem boleh menantikan naskhah hebat di pawagam dan Astro First seperti filem aksi Malaikat Malam, thriller supernatural Mikael: Pemburu Dua Alam, serta animasi Papa Zola The Movie.
Sebagai pelengkap kempen, Astro menawarkan Pek Astro One bermula daripada RM49.99 untuk akses hiburan tanpa batas dan menyediakan pelekat WhatsApp eksklusif melalui aplikasi MyAstro. Komitmen terhadap masyarakat pula diteruskan menerusi inisiatif CSR ‘Kami Care Bubur Lambuk’ di beberapa lokasi strategik seperti Kampung Baru pada 1 Mac dan acara kemuncak di sebuah masjid di Bangi pada penghujung Ramadan.
Melalui rangkaian kandungan yang menyeluruh ini, Azlin Reza Azmi selaku Naib Presiden Bahagian Melayu Astro berharap agar setiap lapisan penonton dapat merasai pengalaman Raya yang lebih bermakna dan dekat di hati.
%20(Custom).jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments
Post a Comment