SHOPEE 3.8 JUALAN HARI WANITA RAIKAN SEMANGAT KETABAHAN JENAMA AKSESORI SEMPENA HARI WANITA ANTARABANGSA


Bersempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 dengan tema “Give to Gain,” Shopee 38 Jualan Hari Wanita mengetengahkan jenama yang diterajui wanita serta membawa misi yang lebih besar kepada komuniti. Jenama seperti Celovis memanfaatkan pelbagai ciri dan alat platform Shopee untuk mengembangkan perniagaan, memperkenalkan inovasi serta menyumbang kembali kepada komuniti mereka. Berlangsung hingga 8 Mac, kempen ini menghimpunkan tawaran istimewa daripada jenama yang diterajui wanita di seluruh negara, sekali gus menunjukkan bagaimana e-dagang mampu menyokong aspirasi perniagaan sambil mencipta impak yang bermakna kepada masyarakat.

Celovis Mengangkat Semangat Ketabahan Wanita

Pada tahun 2014, Sammy Chong memulakan Celovis dengan hanya RM200, membangunkan sebuah perniagaan aksesori kecil yang kini berkembang menjadi jenama dalam talian bernilai lapan angka dengan mesej utama, “Unbreakable You.”

Lebih daripada sekadar slogan, mesej ini mencerminkan komitmen Celovis dalam menghasilkan aksesori tahan lasak yang melambangkan kekuatan dan ketahanan wanita. Seiring pertumbuhan jenama, Celovis memanfaatkan data dan maklumat daripada platform Shopee untuk memahami tingkah laku pengguna serta trend produk dengan lebih mendalam. Maklumat ini membantu pasukan menambah baik koleksi, meningkatkan kapasiti pengeluaran dengan lebih terancang serta memperkenalkan rekaan yang selari oleh permintaan pasaran. Kini, Celovis telah meluaskan kehadirannya dari Malaysia ke Filipina dan Thailand, dengan Indonesia sebagai pasaran seterusnya.

Pertumbuhan ini turut membawa impak yang lebih luas. Semangat memperkasa wanita bukan sahaja dicerminkan dalam rekaan produk, malah menjadi asas kepada kempen dan budaya kerja syarikat. Sempena Women’s Month dan Pink October 2025, Celovis menyumbangkan sebahagian keuntungan bagi menyokong ibu tunggal serta meningkatkan kesedaran kesihatan.

“Apabila wanita diperkasakan, perniagaan juga mampu berkembang dengan lebih kukuh. Dengan melabur dalam wanita, baik pelanggan mahupun pasukan kami, kami berjaya membina komuniti yang berkembang bersama jenama,” kongsi Chong.

Bagi 38 Jualan Hari Wanita tahun ini, Celovis terus mengukuhkan kehadirannya di Shopee dengan memanfaatkan Affiliate Programme untuk bekerjasama dengan pencipta kandungan, menganjurkan sesi livestream lapan jam setiap hari di Shopee Live, serta menawarkan promosi khas Buy 2 Get 38% Off hingga 8 Mac.

Raikan Women’s Day 3.8 Sale di Shopee

Layari Shopee sekarang dan kunjungi Get Ready With Shopee (#GRWS) untuk membeli-belah sempena 38 Jualan Hari Wanita, yang menampilkan jenama diterajui wanita seperti Celovis pada harga istimewa. Terokai pelbagai pilihan fesyen dan kecantikan trending, serta nikmati tawaran serendah RM38, promosi Buy 2 Get 38% Off, baucar diskaun 15% dan banyak lagi.

Jangan lupa juga untuk mengunjungi Shopee Bazar Hebat Raya bagi mendapatkan keperluan Raya dan bersiap sedia untuk jualan 10 Mac dengan 50% Diskaun Fesyen Raya Terkini, Baucar 50% Harian Shopee Live, serta Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum

Comments

Popular posts from this blog

YAYASAN PENERAJU PERKASA LEPASAN SPM UNTUK MEMPERCEPAT LALUAN KE ARAH KELAYAKAN AKAUNTAN BERTAULIAH

LICENCE TO WIN 2025: PEMENANG PULANG BAWA PORSCHE 911 CARRERA