"BERADA" - KOLABORASI AMAN RA DENGAN ALTIMET & NOH SALLEH

 

“Berada” merupakan single kelima Aman RA selepas pelancaran single “Yedowh”, “Tabah”, “Malu Tanya Sesat” dan “Bangun” yang terkandung di dalam album sulungnya “REBEL” yang telah di keluarkan pada bulan August 2018 (1.8.18).

Lagu yang mengabungkan tiga rakan artis iaitu Altimet, Noh Salleh dan Aman RA mencerminkan perjalanan hidup mereka dan latar belakang yang agak berlainan tetapi dalam setiap cabaran dan setiap kenangan ajaran yang mereka terima adalah perasaan bersyukur walau apa jua keadaan. Lagu yang berunsurkan pengajaraan ini juga mengunakan “wordplay” perkataan Berada (berharta), Berada (kedudukan) dan Brader (Persaudaraan).

Video muzik rasmi yang di terbitkan bulan May dan Jun 2019 telah sedikit sebanyak mengimbas kembali cabaran hidup yang mereka telah lalui dan kasih sayang dan dorongan yang telah di terima oleh Tuhan, kaum keluarga dan rakan-rakan. Imbasan inilah yang mengingkatkan mereka untuk sentiasa berterimakasih dan berendah diri.


Comments

Popular posts from this blog

WATSONS PLUS DIBUKA SEBAGAI KEDAI WATSONS TERBESAR DI MALAYSIA, MENANDAKAN PENCAPAIAN CAWANGAN KE-888 SERTA MERAIH PENGIKTIRAFAN MALAYSIA BOOK OF RECORDS

CABBEEN SEMAKIN HANGAT: CAWANGAN KE-4 DIBUKA RASMI DI IOI CITY MALL!

ELLA BAKAL TUTUP TIRAI MAJLIS TERTINGGI ROCKQUEEN MENERUSI “SIDANG PENUTUP”