BERUS PELURUS RAMBUT SERAMIK DAFNI KINI DI PASARAN MALAYSIA



Visionary Solutions Sdn Bhd memperkenalkan berus pelurus rambut seramik yang pertama & asli DAFNI® kepada rakyat Malaysia di Bangsar Shopping Centre dengan lima model baru; DAFNI classic ™, DAFNI black ™, DAFNI allure ™, DAFNI go ™ dan DAFNI rose go ™, yang ditetapkan untuk mencipta trend baru penggayaan gaya rambut di Malaysia bersama Datin Winnie Loo, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Kreatif A Cut Above® Salons dan Akademi.

Direka dengan Teknologi Seramik 3D yang dipatenkan, berus DAFNI® dilengkapi dengan elemen pemanasan yang unik yang mengedarkan haba dengan seragam pada suhu 185°C secara konsisten. Suhu ini merupakan suhu optimum untuk mengaya rambut sambil memastikan tiada kerosakan dikenakan pada rambut anda, "jelas Cik Lim Pei Yan, Pengarah Eksekutif Visionary Solutions Sdn Bhd, pengedar eksklusif berus rambut seramik DAFNI®. 


Dicipta untuk gaya hidup moden yang bergerak pantas, kebanyakan berus rambut DAFNI® boleh mencapai suhu optimum dalam masa kurang dari satu minit, menjadikannya berus yang sempurna untuk pengembara yang mengutamakan penampilan mereka. 

DAFNI® telah mencipta DAFNI go ™ & edisi terhad DAFNI rose go ™ yang dilengkapi dengan kabel yang mudah dikemas, khas untuk mereka yang kerap mengembara. DAFNI allure ™, merupakan berus rambut seramik mudah alih yang pertama tanpa wayar dan boleh mengaya sehingga tiga kepala hanya dengan satu cas. Bateri lithium ion yang dipasang dalam DAFNI allure ™ adalah teknologi yang juga digunakan oleh kereta elektrik Tesla. 


DAFNI black ™ dan DAFNI allure ™ dilengkapi dengan Teknologi Curved Core ™ yang unik, reka bentuk yang cekung memberikan liputan luas ke akar rambut. Permukaan berus melengkung sempurna menyedang kepada lengkungan kepala dan membantu mencapai kecekapan maksimum dari akar ke hujung rambut semasa penggayaan. Berus revolusi yang mempunyai permukaan seramik 3D yang luas mempermudahkan penggayaan bahagian rambut yang lebih besar, menjadikan penggayaan lapan hingga sepuluh kali lebih pantas berbanding dengan penggayaan dengan pelurus rambut tradisional. 

"Berus rambut DAFNI® adalah satu penyelesaian kepada mereka yang kerap mengaya rambut. Ia sangat berkesan dan hanya memerlukan pemberusan kurang daripada lima minit untuk mendapat rambut yang lurus seolah-olah anda baru keluar dari salon. Dengan berus pelurus rambut seramik DAFNI®, kini anda boleh mengekalkan dan memelihara gaya rambut anda dari rumah atau di mana sahaja anda berada dengan mudah, cuma berus rambut anda dengan berus pelurus rambut seramik DAFNI® dan dapatkan rambut lurus dalam beberapa minit, "jelas Datin Winnie. 


Direka oleh jurutera dan usahawan, Sharon Rabi, dengan bantuan ayahnya, Kobi, yang juga merupakan seorang jurutera elektrik, berus pelurus rambut seramik DAFNI® telah diuji untuk tahan lama dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti sistem penutupan auto yang mematikan berus selepas 15 minit jika ia tidak digunakan. 

Dibuat untuk ketahanan, berus pelurus rambut seramik DAFNI® dilengkapi dengan penebat tahan panas yang juga digunakan oleh Angkatan Tentera A.S. dan NASA. Berus seramik DAFNI® memberi tahap keselamatan yang tinggi kerana ia direka tepat untuk memberi keyakinan dan jaminan kepada pengguna. 


Berus pelurus rambut seramik DAFNI® sesuai untuk semua jenis rambut; kerinting, lurus atau beralun, memastikan pengguna menerima produk berkualiti tinggi. Dengan rambut kita menjadi tidak teratur kerana tahap kelembapan yang tinggi di Malaysia, berus pelurus rambut seramik DAFNI® mempunyai sikat berus luar anti-statik yang mengurus rambut dengan lebih baik serta mengekalkan gaya rambut yang lurus dan licin. 


Berteraskan ciri-ciri praktikal dan kemudahan, berus pelurus rambut seramik DAFNI® dicipta untuk lelaki dan wanita di seluruh dunia, alat penggayaan ini sesuai digunakan untuk rutin harian menyikat rambut kita yang menjadikan ia berus yang sempurna kepada semua. 

Sejajar dengan nilai teras Visionary Solutions, pengedar berus pelurus rambut seramik DAFNI®, syarikat ini komited untuk terus memperkenalkan produk yang berkesan dan berkualiti tinggi kepada rakyat Malaysia. Dengan syarikat yang mempunyai idea evolusi teknologi, kemajuannya telah memenuhi tujuannya dalam membuat tugas harian kita lebih mudah. 

Berus pelurus rambut seramik DAFNI® boleh didapati di semua kedai A Cut Above dan Harvey Norman di Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai berus pelurus rambut seramik DAFNI® dan Visionary Solutions Sdn Bhd, layari www.visionary.com.my dan https://www.facebook.com/DAFNIMalaysia/

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!