SHERRY ALHADAD, LISA SURIHANI & NADIYA NISAA BERBISA DALAM “GENG”
‘Freshies for life!’, tagline yang sangat mudah namun cukup ‘catchy’ dan penuh bermakna. Persahabatan yang terjalin di antara tiga sahabat baik, Isabella (lakonan Sherry Alhadad), Mariam (lakonan Lisa Surihani) dan Anita (lakonan Nadiya Nisaa) sejak dari kecil hingga ke zaman persekolahan telah mencetuskan kewujudan frasa indah ini yang membawa 1001 maksud buat mereka.
Namun begitu, harapan untuk terus bersahabat sehingga usia menginjak dewasa terbantut apabila ketiga-tiga mereka membawa haluan masing-masing dan mula berkerja demi kelangsungan hidup. Kini, setelah lebih dari sedekad lamanya terpisah, mereka terjumpa kembali, tetapi bukan dalam situasi yang sempurna. Ia merupakan satu pertemuan semula atau ‘reunion’ yang begitu menguji tahap persahabatan mereka bertiga, dan dianggap penentu sama ada keakraban yang terjalin pada satu ketika dahulu akan berputik kembali atau terus terkubur.
Namun begitu, harapan untuk terus bersahabat sehingga usia menginjak dewasa terbantut apabila ketiga-tiga mereka membawa haluan masing-masing dan mula berkerja demi kelangsungan hidup. Kini, setelah lebih dari sedekad lamanya terpisah, mereka terjumpa kembali, tetapi bukan dalam situasi yang sempurna. Ia merupakan satu pertemuan semula atau ‘reunion’ yang begitu menguji tahap persahabatan mereka bertiga, dan dianggap penentu sama ada keakraban yang terjalin pada satu ketika dahulu akan berputik kembali atau terus terkubur.
Itu merupakan sedikit latar belakang atau jalan penceritaan yang diangkat pengarah, Umi Salwana Omar, dalam filem televisyen (FTV) terbaharu di saluran Astro First Eksklusif berjudul ‘GENG’. “Persahabatan”. Tema yang dilihat sangat ringkas, namun Umi berjaya mengolah keseluruhan plot menjadi satu naskhah yang menghiburkan dan sesuai untuk tontonan seisi keluarga. Walaupun ‘GENG’ dilihat sarat dengan aksi tangkas, suspens, ‘girl-power’, dan penuh drama, Umi tetap mengekalkan genre komedi sebagai elemen utama dari satu babak ke babak seterusnya. Keunikan beliau dalam menyuntik unsur gelak tawa dianggap seolah-olah ‘signature’ atau kebiasaan kepada karya-karya yang mendapat sentuhannya seperti ‘Oh My English’ dan yang terbaharu, filem ‘Gol & Gincu Vol. 2’. Umi turut terlibat secara langsung di belakang tabir untuk filem-filem hebat seperti ‘Istanbul Aku Datang’, ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’, ‘Hanyut’, ‘Zaiton Ceritaku’, ‘Hanyut’, ‘Nostalgila’, ‘Asia's Got Talent’, ‘Gantung’, ‘Crazy Rich Asians’ dan banyak lagi.
‘GENG’ bakal menemui penonton mulai 18 Julai (Khamis) ini di saluran 480 dan untuk pilihan alternatif, ia turut boleh ditonton di platform digital ‘On Demand’. Naskhah ini merupakan kolaborasi di antara Astro First Eksklusif, Cinematic Sdn Bhd dan Perempuan Productions, dan ia menyaksikan penglibatan ramai nama-nama besar industri seperti Sherry Alhadad, Lisa Surihani, Nadiya Nisaa, Hisham Hamid, Alif Satar dan Fatimah Abu Bakar.
SINOPSIS ‘GENG’
‘GENG’ mengisahkan tentang Isabella (lakonan Sherry Alhadad), seorang bekas banduan yang ingin meninggalkan dunia jenayah tetapi geng lamanya, ‘Geng Naga Kilat’, memaksa beliau untuk membuat satu lagi penghantaran dadah. Isabella enggan membuat sedemikian mengakibatkan ibunya (lakonan Fatimah Abu Bakar) diculik. Isabella ingin mendapatkan ibunya semula dan menumpaskan operasi geng lamanya, justeru beliau mendapatkan bantuan dari dua rakan baik beliau, Anita (lakonan Nadiya Nisaa) dan Mariam (lakonan Lisa Surihani).
Kebetulan Anita yang merupakan seorang peguam dan Mariam pula yang merupakan seorang bekas jurutera dan kini merupakan surirumah sepenuh masa, turut dilanda masalah; masing-masing di tempat kerja dan hal keluarga. Ingin bebas, Anita dan Mariam kemudiannya bersetuju untuk membantu dan mengikut Isabella ke Padang Besar bagi menyelesaikan tugasan terakhirnya, seterusnya membebaskan ibu Isabella dari gengaman ‘Geng Naga Kilat’. Dalam perjalanan, mereka mengimbas kembali momen-momen istimewa yang menggamit memori ketika di zaman persekolahan. Hubungan mereka kembali erat namun pelbagai dugaan yang berlaku di sepanjang perjalanan merumitkan proses untuk mereka berbaik semula.
Berjayakah mereka membantu Isabella keluar dari belenggu ini? Mampukah juga Isabella meninggalkan teman lelakinya, Alex (lakonan Hisham Hamid), yang turut merupakan ketua kumpulan ‘Geng Naga Kilat’, dan yang paling utama, adakah hubungan Isabella dengan kedua-dua rakan baiknya, Anita dan Mariam kembali terjalin, ‘Freshies for life’?
Saksikan ‘GENG’ mulai 18 Julai ini di Astro First Eksklusif (saluran 480).
Saksikan ‘GENG’ mulai 18 Julai ini di Astro First Eksklusif (saluran 480).
Comments
Post a Comment