GEMPAK TERBIT MUZIK VIDEO TRIBUTE BUAT TUN M & TUN SITI



Bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-94 tahun dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah yang ke-93, portal hiburan Gempak dengan berbesar hati menerbitkan muzik video tribute berjudul ‘Malaysia’s Amazing Couple - Standing In The Eyes of The World 2019’ sebagai tanda penghargaan buat kedua buah hati rakyat Malaysia yang cukup dihormati ini. Lebih manis lagi, tarikh kelahiran pasangan tokoh negara ini turut jatuh berdekatan iaitu cuma berselang dua hari pada 10 Julai dan 12 Julai.

Istimewanya, rakaman semula lagu ikonik ‘Standing In The Eyes of The World’ yang diberi nafas baharu tersebut turut menampilkan penyanyi asal iaitu Ratu Rock Negara, Norzila Aminuddin atau lebih popular dengan nama Ella dan turut dinyanyikan bersama oleh lima lagi penyanyi cilik yang berbakat besar iaitu Kashika (Ceria Popstar), Umairah (Ceria Megastar Ministar), El (Ceria Megastar Ministar), Adinda (Ceria Popstar) dan Yoyo Cheow.

Terdahulu, lagu nostalgia ‘Standing In The Eyes of The World’ telah dirakamkan buat pertama kali pada tahun 1998 dan turut diangkat sebagai lagu rasmi Sukan Komanwel pada tahun yang sama. Lagu tersebut merupakan ciptaan bersama komposer Datuk Wah Idris dan David Gates. Manakala liriknya pula merupakan hasil nukilan Habsah Hassan.


 

Comments

Popular posts from this blog

“RONA BOSPHORUS”, DRAMA ADAPTASI PERTAMA BUKA TIRAI DI RTM TAHUN 2025

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

SHOWCASE EKSKLUSIF "ELLIOT JAMES REAY" DI THE EXCHANGE TRX 17 JANUARI INI