JSTARS GROUP UMUM 6 SYARIKAT DI BAWAH NAUNGANNYA



JStarS Management Sdn. Bhd. (JStarS Group) mengumumkan bahawa mereka akan membawa masuk 6 syarikat secara rasminya termasuk JSTARLUX, KOLS, STARDUST, PSYCHEDELIC MEDIA & ENTERTAINMENT (PME), NEXUS HUB, ALLIANCE GLOBAL PARTNER DEVELOPMENT PARTNER SDN. BHD. (GA PDP) untuk menetapkan pentas kepada pembangunan yang memberi tumpuan kepada teknologi tinggi, hiburan, pemimpin utama, hartanah, makanan, pengurus dalam bidang profesional supaya meliputi keseluruhan rangkaian perniagaan di Malaysia! 

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif JStarS Group, Puan Jessica ialah seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Dia memulakan jenama kecantikannya di Pulau Pinang dengan usaha sendiri serta membuka jaringan sosial dan perniagaan. Kemudiannya, dia menceburi industri katering dengan pencapaian yang cemerlang. Dengan daya motivasi dan pelaksanaan, Jessica berjaya menubuhkan pasukannya dan melatih ramai pemimpin dalam perniagaan. Idea "inovasi memimpin masa depan" mendorong dia percaya bahawa teknologi ‘blockchain’ akan menjadi trend pembangunan masa depan. Oleh itu, dia memutuskan untuk memasuki peringkat perniagaan yang baru, iaitu menubuhkan sebuah syarikat bertaraf dunia yang mempunyai kelebihan dalam industrinya, JStarS Group yang mengintegrasikan teknologi, hiburan, pengurusan dan hartanah. JStarS Group menjunjung tinggi konsep eksploitasi dan inovasi baru, memperluaskan perniagaannya secara aktif sambil mengukuhkan kelebihan perniagaan teras. 


JSTARLUX ialah penganjur konsert dan agensi artis sehenti yang mengintegrasikan perancangan, prestasi, pelaksanaan dan pengurusan.Ketua Pegawai Eksekutif JSTARLUX, Encik Chris Wang berkata syarikat itu akan menyediakan perancangan unik dan kreatif untuk acara-acara domestik dan antarabangsa, pengurusan agensi artis, publisiti sehenti dan perkhidmatan media dengan pengurusan jenama yang profesional, Dengan memenuhi permintaan pelanggan sebagai teras, mereka akan menyediakan perkhidmatan yang menggabungkan kemudahan dan aliran pasaran kepada pelanggan. Acara pertama syarikat ini adalah konsert berskala besar pada bulan November kepada seorang penyanyi Taiwan dan juga tetamu misteri di sidang media. Butiran selanjutnya akan dikeluarkan pada masa yang akan datang. 

PSYCHEDELIC MEDIA & ENTERTAINMENT (PME) menggabungkan seni filem dan televisyen secara praktikal. Syarikat ini mempunyai peralatan mewah, sebuah pasukan elit dan sebuah pasukan penerbitan filem dan televisyen yang memberi tumpuan kepada pembikinan pelbagai genre seperti filem, iklan, filem pendek, program TV, pelaburan filem dan televisyen, pengedaran dan berfungsi sebagai perkhidmatan profesional sehenti untuk produksi televisyen. PME yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Puan Jessica Tan; Ketua Pegawai Eksekutif Encik Dave HS Lim; Ketua Pegawai Pematuhan Encik David Thian; and Ketua Pegawai Teknikal Encik. Geoffrey Leow menyatakan bahawa enam skrip sedang dalam produksi dan empat atau lebih filem dijangka di hasilkan dalam dua tahun yang akan datang ini. Filem pertama yang dihasilkan akan memberi tumpuan terutamanya kepada pasaran Melayu. Ia merupakan sebuah kisah seorang budak lelaki yang bercita-cita untuk menjadi angkasawan dan ia adalah filem nasional yang menampilkan tiga kaum utama; filem kedua adalah filem bergaya Nanyang berdasarkan tema Gunung Tuhan; filem ketiga adalah filem seram kerjasama Malaysia-Thailand dan keempat pula filem sci-fi kerjasama antara Malaysia-Korea. PME juga akan membangunkan dan mempromosikan perancangan cetak biru syarikat pada suku ketiga tahun 2019 seperti APP bakat sastera serta mempromosikan Festival Muzik dan projek-projek filem Pulau Pinang. 

PME juga akan melabur dalam projek-projek yang lebih berharga dan mewujudkan lebih banyak harta intelek (IP) supaya memberi semangat baru ke inovasi jenama. 

STARDUST MEDIA berusaha untuk mewujudkan satu ekosistem hiburan yang serba lengkap, iaitu sebuah platform hiburan yang menempa sejarah dan diselaraskan dengan teknologi internet. Seperti slogan STARDUST, mencipta platform hiburan yang paling popular dan hebat”. Kata Ketua Pegawai Eksekutif Encik Jeff Low, "pada masa akan datang, pasukan kami akan terus menyampaikan hasil yang berkualiti kepada semua orang. Melahirkan artis, menghasilkan video asal, teknologi dan harta intelektual akan menjadi tumpuan kami untuk pasaran ini. Untuk menepati perancangan hiburan kumpulan itu, STARDUST akan mencurahkan tenaga yang sepenuhnya dalam konsert dan filem. Melihat trend masa depan, APP pengguna seragam juga dihasilkan. Demi impian mereka, STARDUST berharap dapat menubuhkan dewan pameran artis pertama di Malaysia dalam masa yang paling singkat. 

KOLS diasaskan oleh Encik Kiro Tan. Ia sebuah platform yang menghimpunkan para pemimpin utama KOL di Malaysia. Selain latihan dan peningkatan kandungan KOL, ia juga menyediakan promosi data B2B2C & O2O dalam talian dan luar talian sebagai sebuah syarikat perancangan sehenti, dengan tujuan semua perniagaan dapat mencapai jualan yang lebih tinggi dan meningkatkan pulangan pelaburan mereka dalam tempoh yang singkat. 

KOLS akan menubuhkan pusat latihan KOL di Malaysia, pusat pedagang dan platform rundingan KOL - KOLS.com.my. Sebagai salah satu projek berskala besar mereka untuk tahun ini, KOLS juga akan mengadakan uji bakat terbuka pertama untuk "Pelatih PRODUCE KOL" di Malaysia, dengan matlamat memilih 100 KOL yang berpotensi untuk mengambil bahagian dalam latihan dan membolehkan para peserta mengalami pelancaran platform, penilaian projek, promosi populariti. KOL akan memilih 10 KOL yang paling cemerlang sebagai pelatih sepenuh masa untuk tahun 2019. Mereka akan diberikan latihan profesional di bawah sistem melahirkan bintang KOLS dan perkembangan ini akan menjadi satu kejayaan yang tidak pernah wujud dalam Malaysia. Mereka juga berpeluang untuk buat persembahan di dalam konsert artis dan penyanyi dari luar negara. Di samping itu, KOLS akan menjalankan projek pembangunan dan promosi pelancongan di luar negara, berharap projek-projek ini akan menarik lebih banyak pelancong asing datang ke Malaysia dan meningkatkan ekonomi negara kita. 

NEXUS HUB & COFFEE HOUSE oleh NEXUS HUB adalah organisasi perkhidmatan yang mengkhususkan dirinya dalam perkhidmatan perancangan aktiviti dan perkhidmatan katering perhubungan awam. Pengurus Puan Sally Lai berkata restoran yang meliputi kawasan seluas 10,000 kaki persegi amat selesa dan elegan, dengan persembahan muzik secara langsung kugiran terbaik di Penang dan bilik bebas karaoke peribadi yang menyediakan ruang yang luas untuk acara persendirian, parti harijadi, ceramah dan persidangan . 

GLOBAL ALLIANCE PROJECT DEVELOPMENT PARTNER SDN.BHD (GA PDP)memberi tumpuan kepada pembangunan hartanah dan jualan perumahan, pangsapuri, pusat membeli-belah, bangunan komersial, hotel dan projek pembangunan lain. Ketua Pegawai Eksekutif GA PDP, Encik Desmond Loy berkata bahawa GA PDP menjalankan pengurusan berdasarkan kejujuran dan integriti, memberi tumpuan kepada pembangunan projek hartanah dan projek komersil berskala besar. Kebelakangan ini, mereka telah mengambil bahagian dalam pelbagai projek seperti Kota Kinabalu City Waterfront, KL ECO City, 3 Elements, ST. Regis, dan Sheraton PJ di Malaysia, juga menyediakan pasukan jualan hartanah yang paling profesional, pasukan perancangan, pasukan reka bentuk, pasukan pengurusan operasi dan perkhidmatan sehenti untuk semua pelanggan. 

Untuk maklumat lanjut tentang JSTARS GROUP, sila layari http://jstarsgroup.com





Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA