SOUNDLIFE HEARING ANJUR KARNIVAL PENDENGARAN



Pihak Soundlife Hearing telah mengumumkan akan menganjurkan Karnival Pendengaran dengan kerjasama Phonak Malaysia.Karnival ini merupakan program tanggungjawab social korporat dan ia juga menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap masalah pendengaran yang akan menyebabkan kualiti hidup,emosi dan fizikal semakin berkurang. 

Karnival ini akan berlansung selama tiga hari bermula daripada 26th Julai dari 11pagi hingga 9 malam di Malaysia’s 1st Innovative Exhibition Mall,Everyday Mall,USJ One dan berada di lot G43 dan G44. Karnival Pendengaran ini juga akan berlansung bersama-sama karnival “The Grand Parents,Parents and Children Fair-The 3 Generation Community Fair (3GCF)”.Jadi para pengunjung dapat merasai pengalaman yang berbeza dengan kepelbagaian yang ditawarkan oleh kedua-dua karnival ini. 

Pengalaman yang menarik akan dialami oleh para pengunjung dimana aktiviti-aktiviti yang telah direka khas berkaitan pendengaran akan dikendalikan oleh pakar pemulihan pendengaran yang terlatih. Selain itu,para pengunjung juga dapat membuat pemeriksaan telinga secara PERCUMA serta mendapat konsultasi khas untuk individu yang berminat ingin mengetahui berkenaan alat bantu pendengaran. Tambahan lain, demonstrasi berkenaan teknologi alat bantu pendengaran juga akan dijalankan secara lansung. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti yang akan dialami oleh para pengunjung sepanjang program ini berlansung: 

1. Melalui program “Dangerous Decibels” para pengunjung dapat melakukan aktiviti yang menarik berkenaan pencegahan terhadap bunyi persekitaran yang kuat serta menambah ilmu pengetahuan secara tidak lansung. 

2. Pengungjung juga dapat mengetahui berkenaan punca-punca bunyi yang berbahaya terhadap pendengaran serta cara untuk menjaga pendengaran daripada terdedah kepada bunyi tersebut.Selain itu,pengunjung juga akan mengetahui cara penjagaan pendengaran untuk jangka masa yang panjang. 

3. Ilustrasi serta pengalaman yang sebenar berkenaan orang yang mengalami masalah pendengaran serta orang yang mempunyai pendengaran yang baik. 

Menurut Alleya Cheng yang merupakan pengasas Soundlife Hearing dan juga pakar pemulihan pendengaran yang berpengalaman,“Sebagai perintis kepada perkhidmatan audiologi,matlamat kami adalah untuk menggalakkan kesedaran berkenaan kesihatan terutamanya pendengaran sebagai sebahagian gaya hidup yang sihat.Oleh itu,kami amat berbesar hati menganjurkan karnival pendengaran ini dimana ia akan memberikan pengalaman yang menarik terhadap semua golongan masyarakat termasuklah individu yang mempunyai masalah pendengaran atau individu yang mempunyai kenalan yang menghadapi masalah pendengaran.Secara umumnya, karnival ini khusus untuk pengunjung memahami berkenaan pendengaran secara lebih terperinci terutamanya dari segi emosi,kognitif,sensori dan pengalaman yang menarik melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang kempen.” 

Menurut World Health Organization 2018, sekitar 5 peratus populasi dunia,iaitu 466 juta mengalami masalah pendengaran dan 34 juta daripada jumlah tersebut tergolong dalam populasi kanak-kanak. Populasi pesakit yang mempunyai masalah pendengaran dijangkakan semakin meningkat,dimana pada tahun 2050 lebih 900 juta orang atau 1 daripada 10 orang akan mengalami masalah pendengaran. Di Malaysia,masalah pendengaran akan dihidapi oleh kanak-kanak dan orang dewasa secara lazimnya. Kira-kira 3.8 juta atau 30 peratus warga emas mempunyai masalah pendengaran daripada pelbagai tahap,namun begitu hanya 4.4 peratus yang dirawat dan memakai alat pendengaran.Untuk kanak-kanak pula 1 atau 2 daripada 1000 kanak-kanak mempunyai masalah pendengaran dan telah memakai alat bantu pendengaran dan dirawat seawal yang mungkin. Dipetik daripada artikel Sains Malaysiana 2017,masalah pendengaran berpunca daripada pendedahan bunyi persekitaran yang bising merupakan salah satu masalah kesihatan pekerjaan yang tinggi dikalangan pekerja di Malaysia pada tahun 2014. Sekitar 80 peratus pekerja yang bekerja lebih daripada 10 tahun menghidapi masalah pendengaran apabila persekitaran tempat kerja terdedah kepada bunyi yang bising. 

“Salah satu cabaran untuk menangani masalah pendengaran adalah menangani persepsi masyarakat terhadap masalah pendengaran. Kebiasaannya,orang awam akan menganggap masalah pendengaran berkait rapat dengan masalah usia dan mereka akan cuba untuk membiasakan diri dengan keadaan yang mereka alami tanpa mendapatkan khidmat nasihat daripada golongan professional,iaitu pakar pemulihan pendengaran atau ‘audiologist’. Terdapat pelbagai faktor yang menjadi punca kepada masalah pendengaran dan ia boleh berlaku di semua peringkat umur,” beliau menambah. 

Vincent Cheong,merupakan Pengarah Swiss Medicare Sdn Bhd (pengedar produk alat bantu pendengaran,Phonak) berkata,” Kami amat berbesar hati untuk turut bersama-sama dalam kempen pendengaran ini selaras dengan misi kami untuk menjadi penggerak dan impak positif kepada industri pendengaran di Malaysia. Kami percaya pembelajaran melalui pengalaman yang menarik dapat memberi impak individu kepada setiap pengunjung.Selain itu,dengan membantu orang yang memerlukan dapat menggalakkan orang ramai untuk memahami secara lebih dekat serta menyokong individu yang mempunyai masalah pendengaran,misalnya ahli keluarga,rakan-rakan serta seluruh tapisan masyarakat.Ini merupakan saluran yang terbaik untuk memberi kesedaran berkenaan keselamatan dan penjagaan pendengaran.” 

Soundlife Hearing telah menganjurkan program tangungjawab korporat iaitu “Hope for Hearing Project” sejak Mac lalu.Melalui program ini 16 unit alat bantu pendengaran berjumlah RM92,800 akan didermakan kepada individu yang mempunyai masalah pendengaran dan telah menjalankan pemeriksaan serta pendapatan isi rumah mengadungi RM2,500 dan kebawah. Antara penerima alat bantu pendengaran termasuklah Persatuan Belia Pekak Selangor,Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Chik Sin Thong Klang dan Pantai serta individu daripada pelabagai latar belakang. Program ini telah ditaja oleh Kumpulan Swiss Medicare serta kerjasama Phonak Malaysia dan Crazy Ants Academy dengan objektif memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada yang memerlukan. Terdapat 5 unit alat bantu pendengaran yang masih tersedia untuk pendermaan. Untuk maklumat lanjut mengenai “Hope for Hearing Project”, sila layari https://www.soundlife.com.my/hope-for-hearing-project

Untuk keterangan yang lebih lanjut berkenaan Karnival Pendengaran,sila layari https://www.facebook.com/soundLIFEhearing

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA