KARYA AGUNG TCHAIKOVSKY SWAN LAKE MEMUKAU DI ISTANA BUDAYA



Para pencinta balet pastinya tersenyum puas menonton kisah cinta yang agung "Swan Lake" di Istana Budaya baru-baru ini. Pementasan balet karya agung Tchaikovsky yang menampilkan elemen magis, tragedi dan cinta ini dibawakan oleh Shiraz Project buat julung-julung kalinya di Malaysia. 


Penari balet utama wanita antarabangsa Irina Kolesnikova membawakan bersama bintang St Petersburg Ballet Theatre dalam pementasan tersebut.


Dengan sejarah pementasan yang bermula di St Petersburg pada 1895, Swan Lake mengatur skor Pyotr Ilyich Tchaikovsky yang malar segar sepanjang zaman dan merupakan salah satu pementasan tarian balet paling popular di dunia.


Dengan aksi “white acts” yang sukar ditandingi, suasana dewan tarian yang menakjubkan dan memukau hadirin, muzik mengagumkan dan penceritaan yang begitu menyentuh hati, ini adalah sebuah persembahan balet yang mengatasi semua karya yang seumpamanya. Swan Lake menceritakan kisah putera Prince Siegfried ketika muda yang jatuh cinta dengan Puteri Angsa Odette, seorang wanita yang bertukar menjadi angsa putih setelah terkena sumpahan ahli sihir Rothbart.


Odette menghabiskan masa pada waktu siang berenang-renang di dalam tasik sebagai seekor angsa dan hanya bertukar kembali ke rupa asalnya, seorang puteri yang cantik di waktu malam.

Ini adalah sebuah kisah bagaimana cinta sejati menguasai segalanya.


Ditubuhkan pada 1994, St Petersburg Ballet Theatre bukan sahaja terkenal dengan penari terlatih Vaganova, tetapi juga produksi jangka panjang yang menakjubkan.


Diterajui oleh penari balet utama wanita Irina Kolesnikova, syarikat tersebut mengembara ke seluruh dunia untuk mempersembahkan karya klasik daripada himpunan karya agungnya termasuk Giselle, Don Quixote, La Bayadere, Romeo dan Juliette serta The Nutcracker dan Sleeping Beauty. Syarikat yang sangat popular itu menerima sambutan tinggi dengan mengadakan lebih 200 persembahan setiap tahun.


Selepas tiket habis terjual di London, Paris, Sydney dan Singapore, St Petersburg Ballet Theatre yang cukup terkenal di dunia membuat kemunculan pertamanya di Kuala Lumpur dengan persembahan balet sensasi Swan Lake yang sudah tentu tidak menghampakan penggemar-penggemar tarian balet.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA