LEXIS HIBISCUS 2 BAKAL DIBINA DI PORT DICKSON



Dalam suatu kerjasama bersama Perbadanan Menteri Besar (cabang pelaburan kerajaan Negeri Sembilan), Kuala Lumpur Metro Group baru-baru ini telah mengumumkan projek pembangunan resort terbarunya, iaitu Lexis Hibiscus 2, semasa upacara menandatangani rasmi yang disaksikan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson. 

Dijadualkan untuk pembukaan rasmi pada tahun 2024, resort mewah 5 bintang tersebut akan terletak bersebelahan Lexis Hibiscus Port Dickson dan dijangka mencatatkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM500 juta, dengan 760 vila berkolam renang yang termasuk 582 vila atas air dan 178 vila sky pool. Mengikuti jejak langkah Lexis Hibiscus, setiap vila di Lexis Hibiscus 2 bakal mempunyai kolam renang peribadi untuk tahap keselesaan dan privasi yang tiada tandingannya. 


“Kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk sekali lagi bekerjasama dengan Lexis Hotel Group untuk projek ikonik terbaru ini. Berbekalkan kepakaran mereka sebagai syarikat perhotelan terulung dengan pengetahuan pasaran tempatan yang utuh, kami percaya yang Lexis Hotel Group dapat membantu Lexis Hibiscus 2 mencapai kejayaan yang setara dengan Lexis Hibiscus, malah mampu melangkaui Lexis Hibiscus dan menjadi pembangunan rumah atas air yang paling besar di dunia,” kata Ybhg. Dato’ Haji Mat Hassan Esa, Pengerusi Kuala Lumpur Metro Group. 


“Lexis Hibiscus 2 dijangka menarik seramai 400,000 orang pelancong ke Port Dickson setiap tahun. Jika purata setiap orang pelancong berbelanja sebanyak RM600 untuk penginapan satu malam, ini bakal menjana pendapatan pelancongan sebanyak RM240 juta ringgit setahun dan ianya akan memanfaatkan masyarakat tempatan serta meningkatkan daya tarikan Port Dickson sebagai destinasi pelancongan antarabangsa terkemuka. 


Lexis Hibiscus 2 akan mengukuhkan kedudukan jenama Lexis sebagai penyumbang kepada pembangunan pekan Port Dickson. Kami akan terus menjalinkan kerjasama yang erat dengan kerajaan Malaysia untuk mempromosikan industri pelancongan di Port Dickson, menarik pelancong-pelancong dari segmen pelancong solo dan bebas (FIT), lawatan rombongan, percutian korporat dan MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, Pameran) dari dalam dan luar negara.” Katanya lagi. 

Berucap di upacara tersebut, YAB Dato Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, “Menteri Besar Incorporated telah diberikan 20 peratus saham di dalam projek pembangunan Lexis Hibiscus 2 ini, sebagai pertukaran dengan 32 hektar tanah.” 


“Projek ini juga memanfaatkan Kerajaan Negeri melalui premium tanah yang dibayar oleh KL Metro Group, yang akan juga memberi pampasan kepada 42 orang nelayan tempatan yang terjejas oleh projek ini. Setiap nelayan akan menerima RM1,000 sebulan sepanjang 5 tahun.” Jelasnya. 

Setakat ini, resort-resort yang amat berjaya di bawah Lexis Hotel Group seperti Lexis Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson dan Lexis Hibiscus Port Dickson telah berjaya menarik seramai 5.2 juta orang pelancong ke Port Dickson. Daripada jumlah 5.2 juta orang pelancong tersebut, separuh daripadanya merupakan pelancong daripada 156 negara asing dari serata dunia. 

Dengan adanya Lexis Hibiscus 2, Lexis Hotel Group mensasarkan untuk terus menarik lebih ramai pelancong tempatan dan asing, terutamanya dari benua Asia Pacifik dan Timur Tengah melalui pengalaman pelancongan unik yang tiada tolak tandingnya, serta layanan dan perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa. 


Salah satu faedah utama usahasama ini adalah untuk menwujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan. Sepanjang fasa pembinaan Lexis Hibiscus 2, akan wujud penambahan sekitar 2000 peluang pekerjaan. Manakala setelah siap pembinaannya, akan wujud penambahan sebanyak 1000 peluang pekerjaan untuk kerja-kerja pengurusan resort tersebut. 

Lexis Hibiscus 2 akan menawarkan hanya yang terbaik di Negeri Sembilan dari segi tempat penginapan, makanan, dan persidangan mesyuarat kepada semua pelancong-pelancong yang melawat negeri tersebut. Antara kemudahan utama yang disediakan termasuk: akuarium tenggelam yang dilengkapi restorannya sendiri – pertama di Malaysia, air pancut berirama, dewan besar – dewan terbesar di Negeri Sembilan yang mampu menampung 2000 orang hadirin, dan Hibiscus Walk – suatu destinasi makanan dan membeli-belah terbuka yang unik, dengan deretan kedai “makanan jalanan” menawarkan citarasa Malaysia yang asli. 


Terletak kira-kira satu jam perjalanan memandu daripada pusat bandar Kuala Lumpur atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sepanjang pantai Pasir Panjang, Lexis Hibiscus 2 Port Dickson bakal terlentang luas ke laut Selat Melaka dalam bentuk yang menyerupai bunga kebangsaan Malaysia. 

Resort tersebut akan diuruskan oleh Lexis Hotel Group yang sering memenangi pelbagai anugerah daripada perbadanan terkemuka, termasuk Anugerah World Luxury Hotel, Anugerah Haute Grandeur Global Hotel, Anugerah PATWA International Travel, Business Television India (BTVI), Anugerah Jenama Terbaik BrandLaureate, Anugerah Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA), Anugerah Asia’s Best Employer Brand dan Top 10 of Asia. 

Tambahan pula, salah satu resortnya yang paling popular, Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan pemecah rekod dunia, Guinness World Records bagi kategori kolam renang terbanyak di satu resort dan vila atas air terbanyak. Selesainya pembinaan Lexis Hibiscus 2, resort terbaru ini akan menggantikan tempat Lexis Hibiscus sebagai pemecah rekod-rekod tersebut. 

Fakta-Fakta Penting Lexis Hibiscus 2 Port Dickson 

Resort ini terdiri daripada 760 bilik – 582 vila atas air dan 178 bilik atas darat 
Saiz purata setiap unit: 800 kaki persegi hingga 1000 kaki persegi 
Purata harga jualan: RM 600,000 hingga RM 700,000 

Ciri-ciri unik 
  • Setiap vila mempunyai kolam renang peribadi 
  • Akuarium tenggelam yang dilengkapi restorannya sendiri (pertama di Malaysia) 
  • Air pancut berirama 
Kemudahan dan perkhidmatan resort lengkap termasuk: 
  • Dewan besar (terbesar di Negeri Sembilan, mampu menampung 2000 hadirin) 
  • Bilik mesyuarat yang boleh disesuaikan untuk semua majlis 
  • Pelbagai pilihan tempat makan termasuk masakan antara benua, masakan Jepun dan masakan cina 
  • Hibiscus Walk: suatu destinasi makanan dan membeli-belah terbuka yang unik, dengan deretan kedai “makanan jalanan” menawarkan citarasa Malaysia yang asli 
  • Helipad 
  • Jeti 
  • Gimnasium, sauna and spa 
  • Sukan air dan aktiviti pantai 
  • Lounge lobi dan concierge 
  • Kedai cenderamata 
Projek bermula: Akhir tahun 2020 
Project siap: 2024 
Anggaran GDV projek: RM 500 juta 
Pasaran sasaran: tempatan dan luar negara (tertumpu pada benua Asia Pacifik dan Timur Tengah) 

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA