MILO MEMPERKENALKAN MINUMAN BAHARU MILO PROTEIN UP



Tanggapan salah tentang protein di mana ia hanya untuk individu yang membina badan seringkali diperkatakan di kalangan golongon dewasa muda. Malah, ramai tidak menyedari kepentingan protein dalam pengambilan makanan harian. Selain merupakan komponen dalam setiap sel badan, protein juga membentuk rangka tubuh kita. Selain itu, protein membantu membina tisu tubuh dan membantu mengekalkan sistem imun yang sihat.

Berbekalkan misi untuk menyangkal tanggapan salah terhadap protein dan membantu golongan dewasa muda memahami peranan protein dalam kehidupan harian. MILO® kini memperkenalkan MILO® PROTEIN UP™, produk ready-to-drink (sedia diminum) terbaru yang dirumus khas untuk golongon ini. Ia dapat meningkatkan pengambilan protein di kalangan golongon dewasa muda yang ingin memulakan gaya hidup yang cergas dan aktif.

Padat dengan 13g protein susu yang bersamaan dengan kandungan protein dalam 2 biji telur1, satu hidangan MILO® PROTEIN UP™ memenuhi 21% saranan pengambilan protein harian golongon dewasa2. Protein membantu golongan ini mengekal dan membaiki sel-sel dan tisu-tisu dalam tubuh. Protein juga merupakan blok binaan asas untuk otot yang menyokong pergerakan kita setiap hari, di samping membantu membina kekuatan3.

“Kami teruja untuk melancarkan MILO® PROTEIN UP™ dalam usaha berterusan kami untuk membekalkan tenaga yang berkhasiat kepada pengguna dewasa muda ke arah gaya hidup yang cergas dan aktif. Tinggi dengan protein, MILO® PROTEIN UP™ berbeza dengan produk MILO® lain dan membekalkan pilihan kepada golongon dewasa muda yang mencari produk tinggi protein untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka,’ jelas Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Tambah beliau, “Kami di MILO® akan terus menerajui inovasi produk yang bukan sahaja menyokong gaya hidup aktif pengguna-pengguna kami malah memberi inspirasi kepada mereka untuk mengorak langkah pertama ke arah mencapai cita-cita mereka yang lebih besar. Dengan MILO® PROTEIN UP™, kami berharap pengguna dewasa muda menyedari bahawa kami sentiasa berada di sisi untuk memberi sokongan berterusan kepada mereka dalam setiap langkah yang diambil dengan kebaikan MILO® yang digemari selama ini.”


Boleh didapati dalam bungkusan botol yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja, MILO®.

MILO® PROTEIN UP™ boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan myNEWS di seluruh negara pada bulan Julai sebelum memasuki pasaran umum bermula Ogos 2019.

Untuk mengetahui MILO® PROTEIN UP™ dengan lebih lanjut, layari www.milo.com.my/protein-up.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO