MINGGU MUZIK MALAYSIA 2019 ANJUR “KONSERT DI UDARA”


Minggu Muzik Malaysia (MMM) 2019 dijangka akan memasuki Malaysia Book of Records bagi “Konsert di Udara” sebagai “Persembahan Muzik secara Langsung di Paras Tertinggi” dalam penerbangan AirAsia dengan kerjasama Travel360.com dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, menampilkan penyanyi dan pelakon yang memenangi pelbagai anugerah, Ayda Jebat. 



Acara ini dengan bangganya disokong oleh kredit kad rasmi AirAsia dan air mineral rasmi, Spritzer dalam sambutan ulang tahun ke-30. 

Pengerusi Penganjur MMM 2019, Syvester Fan berkata: “MMM bertujuan menghubungkan orang ramai, jenama dan perniagaan bersama-sama. Kami berharap untuk menghubungkan orang ramai di seluruh Malaysia serta pelancong di Malaysia menerusi muzik dan Konsert di Udara merupakan salah satu inisiatif yang menyokong tujuan ini. Kami berbesar hati dengan kehadiran Ayda Jebat dan kumpulan rock, Shadow Puppet Theatre untuk membuat persembahan pada ketinggian 38,000 kaki di udara untuk menghiburkan para penumpang di dalam penerbangan.” 


Ayda Jebat merupakan penyanyi dan pelakon kesayangan rakyat Malaysia, yang telah mula mencapai kejayaan dalam kerjayanya melalui lagu hit “Siapa Diriku”, dinamakan sebagai artis pada bulan tersebut di beberapa buah stesen radio terbaik. Lagu beliau yang berikutnya iaitu “Pencuri Hati” dan “Mata” mendahului carta di Malaysia, yang membawa beliau untuk memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Planet Muzik 2018 dan Anugerah Digital Muzik ERA 2017. 

Penumpang bagi pesawat pada pukul 9.30 pagi, AK5106 pada 8 Ogos akan bersorak untuk persembahan secara langsung oleh Ayda Jebat selama 30 minit dalam penerbangan selama 2 jam dan 40 minit tersebut. Kapal terbang yang memecahkan rekod ini akan diberikan sijil dan cenderahati untuk memperingati dan menyambut kemasukan rekod ini. 

Tiket terhad ini boleh dibeli melalui saluran jualan biasa syarikat penerbangan. Minggu Muzik Malaysia (MMM) adalah perayaan muzik tempatan Malaysia yang berlangsung selama seminggu dengan edisi sulungnya akan diadakan di Kuala Lumpur dari 9 hingga 15 September. 

MMM adalah sebuah platform yang akan menghubungkan orang ramai, jenama, dan perniagaan bersama dengan tujuan untuk mewujudkan sokongan yang lebih kukuh antara satu sama lain melalui muzik.Konsert akhir MMM 2019 akan diadakan sempena Festival Permainan Malaysia dan sambutan Hari Malaysia pada 14 dan 15 September di Dataran Merdeka yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan tuan rumah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Konsert akhir ini akan menampilkan artis termasuk Ayda Jebat, Faizal Tahir, Hujan, Ella, Rabbit Mac, Fuying & Sam, Priscilla Abby dan Dennis Lau yang bersedia untuk mempersembahkan dan memberi keterujaan kepada penonton ketika konsert akhir tersebut. 

Penggemar konsert digalakkan untuk membeli produk-produk daripada jenama tempatan dan pembeli dengan perbelanjaan terbanyak akan diberikan tiket untuk ke konsert akhir. MMM 2019 disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MoTAC), Persatuan Rangkaian Malaysia (MRCA), Persatuan Penjenamaan Malaysia, Akademi Rakaman Malaysia (RIM), The Malaysia Book of Records dengan kerjasama AirAsia BIG, Nerdunit, Astro Radio, Fave, 8excite, Potboy, SKOWT dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai MMM dan Konsert di Udara, sila layari: https://www.mmm2019.my/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!