MISSION FOODS LANCAR KEMPEN #BREAKFASTOFCHAMPIONS



Sempena pelancaran Healthy Wraps di pasaran Malaysia, kempen #breakfastofchampion turut dilancarkan oleh Mission Foods. Wraps yang sihat ini boleh didapati dalam tiga varian iaitu Reduced Carb Wraps yang mengandungi kurang 70% karbohidrat dan 90% kurang gula berbanding dengan wrap biasa dan mempunyai kandungan protein dan serat, sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan pengambilan karbohidrat di dalam pemakanan, manakala Quinoa Wraps dan Chia Wraps diperkayakan dengan makanan yang mengandungi antioksidan dan omega-3, dan juga sumber protein dan serat.


Dalam majlis pelancaran Health Wraps, dua selebriti sukan negara, Farah Ann dan Peter Davis telah dijemput untuk membuat demonstrasi menyediakan sarapan yang mudah disediakan, lazat dan berkhasiat menggunakan Health Wrap. Dalam kempen ‘Breakfast of Champions’, Farah Ann dan Peter Davis bakal berkongsi cara penyediaan sarapan yang sihat menggunakan Healthy Wraps melalui media sosial.


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.missionfoods.com.my dan ikuti laman Facebook: https://www.facebook.com/missionfoodsmalaysia/ atau Instagram: @missionfoods.my

Comments

Popular posts from this blog

POSTER RASMI KONSPIRASI KINI MENEMUI PENONTON, MENAMPILKAN VISUAL BERANI YANG CUKUP UNTUK MEMBERI BAYANGAN KONFLIK BESAR YANG BAKAL TERCETUS!

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

ALPHA JADI WAKIL MALAYSIA DI MUSIC AWARDS JAPAN 2026