SNAPCHAT MEMPERKENALKAN PERMAINAN ‘BITMOJI TENNIS’



Pengguna Snapchat di Malaysia kini dapat lebih dekat dengan perlawanan tenis terkemuka dunia, Wimbledon. Rasai kehangatan perlawanan tenis bersama rakan-rakan di Bitmoji Tennis, permainan Snapchat terbaru yang direka khusus untuk Snap Games, platform permainan multi-pemain masa nyata. 

Berikut adalah cara anda boleh membawa ayunan tenis Bersama Snapchat! Mula-mula, pilih sama ada anda mahu melatih diri sendiri, mencabar rakan untuk perlawanan tenis atau hadirkan diri di gelanggang dengan sekumpulan kawan untuk pusingan winner-takes-next. 
  1. Buka Chat atau Group Chat dan tekan ikon roket di Bar Chat untuk melancarkan Snap Games. Tekan 'Bitmoji Tennis' dalam game drawer dan anda akan berada di gelanggang tenis dalam masa yang singkat!
  2. Untuk memulakan perlawanan, tekan untuk melontarkan bola dan lari ke kiri dan ke kanan - raket anda akan berayun secara automatik apabila anda berada berdekatan dengan bola.
  3. Condongkan peranti anda untuk mengarahkan pukulan anda - pemain pertama yang mencapai lima mata menang.
  4. Tekan ‘Stats’ di menu utama untuk melihat kiraan kemenangan anda, capaian terbaik, permainan terpanjang dan banyak lagi. Anda juga boleh menaik taraf raket tenis anda dengan menonton iklan pendek di antara permainan. 
Dilancarkan pada bulan April lalu, Snap Games mempunyai pelbagai pilihan seperti Bitmoji Party dan Tiny Royale Zynga. Bitmoji Tennis telah direka dan dihasilkan sendiri oleh Snap Games Studio. 

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING