PELANCONG DARI NEGARA MANAKAH YANG PALING DISUKAI RAMAI?



Dalam kemeriahan percutian musim panas yang sedang memuncak, Agoda, salah satu platform percutian digital yang paling berkembang maju di dunia, telah menunjukkan bahawa sejumlah besar negara yang ditinjau dalam sebuah soal selidik mempunyai kecenderungan memilih rakyat negara asal mereka sendiri untuk ditemui ketika bercuti. 

Lebih daripada 1 dalam 5 rakyat Jepun dan Australia akan memilih untuk berjumpa dengan warganegara mereka sendiri ketika bercuti. Namun, mereka tidak bersendirian, dapatan soal selidik Warganegara Yang Paling Suka Untuk Ditemui Agoda (Favorite Nationalities to Encounter), menunjukkan bahawa 7 daripada 11 negara yang ditinjau mempunyai kecenderungan untuk memilih rakyat negara mereka sendiri untuk ditemui ketika bercuti. 

6 negara di kedudukan teratas yang memilih warganegara mereka sendiri untuk ditemui ketika bercuti – Jepun (22%), Australia (21%), Thailand (19%), China (18%), Arab Saudi (17%), dan UK (16%). 

Pelancong dari negara Indonesia pula mempunyai tabiat yang berbeza dengan hanya 7% daripada pelancong yang ingin berjumpa dengan rakyat Indonesia ketika dalam percutian, diikuti dengan pelancong dari UAE dengan 10%. 

Pelancong Amerika adalah satu-satunya pelancong yang paling disukai untuk ditemui ketika bercuti. Dapatan soal selidik Agoda tersebut menunjukkan rakyat Amerika menduduki tempat 3 teratas di dalam 8 daripada 11 negara yang ditinjau. Daya penarik pelancong Amerika ini diperhatikan merentasi beberapa benua, seperti yang dilihat dalam senarai pelancong Australia, China, Indonesia, Jepun, Arab Saudi, USA, UK, dan Vietnam. 

Meskipun akibat Brexit, pelancong dari negara Britain adalah negara teratas yang lebih suka berjumpa dengan pelancong Eropah (45%), diikuti oleh pelancong dari negara China, Australia dan Amerika Syarikat. 

Pelancong Asia lebih suka untuk menemui pelancong Asia yang lain ketika bercuti, dengan 5 daripada 6 pasaran Asia memilih untuk menemui orang Jepun ketika dalam percutian. 

Dapatan Percutian Dalam Sekilas Pandang 
  • Data menunjukkan budaya Korea berjaya menawan hati pelancong-pelancong dari Indonesia dan Malaysia — dengan warga Korea menduduki tempat kedua dan ketiga masing-masing, dalam senarai 3 teratas warnanegara yang paling suka ditemui. 
  • Apabila dipecahkan mengikut rantau, dapatan turut menunjukkan bahawa pelancong dari 11 negara amat suka menemui orang-orang daripada negara Barat semasa bercuti, dengan semua negara meletakkan Eropah di dalam senarai tiga teratas mereka, dan Amerika Utara di tempat ke-6 — USA, UK, Saudi Arabia, Vietnam, Japan dan Australia. 
  • Responden dari Asia juga mempunyai kecenderungan untuk mencari orang-orang dari Asia ketika berada di luar negara, berbanding dengan mereka yang berasal dari USA, UK, Arab Saudi dan Australia. Sementara itu, mereka yang berasal dari China, Thailand, Malaysia dan Indonesia meletakkan Asia Tenggara di tempat ketiga sebagai warganegara yang ingin mereka temui ketika bercuti. 
Untuk tempahan penginapan percutian anda, sila layari www.agoda.com

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA