FILEM SUATU KETIKA TAMPILKAN LAGU TEMA NYANYIAN ZAINAL ABIDIN



Selepas lebih 10 tahun menyepi tanpa lagu solo baru, Datuk Zainal Abidin kini muncul kembali dengan lagu baru ciptaan Michael Veerapan dan lirik oleh Datuk Zainal Abidin sendiri berjudul Ayuhlah. Lagu baru ini juga menjadi detik sejarah buat Datuk Zainal Abidin kerana buat julung-julung kalinya beliau menyanyikan lagu OST untuk filem tempatan.


Menurut Datuk Zainal Abidin, beliau teruja untuk menjayakan OST filem Suatu Ketika kerana mesej positif yang ingin disampaikan. Suatu Ketika mengisahkan kesederhanaan hidup pada zaman 50-an, harapan, impian, kegembiraan dan semangat kebersamaan mereka. Tetapi yang paling penting, filem ini adalah tentang cinta sekumpulan anak muda kepada sukan bola sepak.


Turut bersama di hari pelancaran OST ialah seorang artis yang berbakat besar bernama VIONA untuk menyampaikan lagu kedua OST Suatu Ketika bertajuk Senja. VIONA merupakan projek solo Takahara Suiko, seorang pemuzik, penulis dan komposer, yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sejak 2009 dan bergerak sebagai The Venopian Solitude dengan kumpulannya sebelum memulakan projek solonya, VIONA. Bersama kumpulannya The Venopian Solitude, beliau seringkali dijemput untuk membuat persembahan di luar negara seperti Canada dan Jepun; dan juga berpeluang menjelajah Eropah.


Berbekalkan inspirasi yang diperolehi oleh beliau selepas menonton beberapa babak dari filem Suatu Ketika, VIONA hanya mengambil masa lebih kurang satu jam untuk menghasilkan SENJA untuk salah satu babak dari filem ini.

Sinopsis: Sekumpulan kanak-kanak kampung dari Sekolah Ujong Pasir menghadapi pelbagai rintangan untuk membentuk sebuah pasukan bola sepak untuk bersaing dalam kejohanan JG Davidson Cup untuk melawan juara bertahan - Sekolah Inggeris St.James yang sangat berprestij dan serba boleh.

Semuanya bermula dengan impian sekumpulan budak-budak kampung. Satu semangat. Bola sepak. "Suatu Ketika" adalah sebuah perjalanan pengenalan diri, keberanian dan keyakinan yang dilihat melalui mata dua belas anak lelaki berusia 12 tahun.

"Suatu Ketika" menceritakan kesederhanaan hidup pada zaman 50-an, harapan, impian rakyat, kegembiraan dan semangat kebersamaan mereka. Tetapi yang paling penting, filem ini adalah tentang cinta sekumpulan anak muda kepada sukan bola sepak. Mereka memberi inspirasi kepada orang-orang di sekitar mereka untuk mempercayai bahawa walaupun biasa, dengan semangat dan jati diri – ia boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa


Suatu Ketika yang dibintangi oleh Namron dan Pekin Ibrahim akan berada di pawagam seluruh negara bermula 12 September ini.

Dengan ini, secara rasminya muzik video Ayuhlah & Senja telah dilancarkan dengan kerjasama Red Box Karaoke, The Gardens Mall. Muzik video karaoke ini juga boleh didapati di semua rangkaian Red Box, Green Box dan Red Box Plus Karaoke. Muzik video ini akan mula ditayangkan pada 1 Ogos, bermula jam 3 petang di Youtube channel Indigital Sdn Bhd


Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA