GMBB “MALAYSIAKU” RAIKAN BAKAT TEMPATAN SEMPENA BULAN MERDEKA



Memberi penghormatan kepada individu-individu hebat yang telah membanggakan rakyat Malaysia, GMBB, pusat gaya hidup yang memberi nafas baru dalam peruncitan kreatif di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur hari ini melancarkan Kempen Malaysiaku dengan mempamerkan beberapa siri aktiviti menerusi seni persembahan, filem dan fotografi. Kempen ini diadakan bersempena sambutan Merdeka dan Hari Malaysia. 


Kempen selama sebulan ini memberikan penghormatan kepada pengiat dan pengarah filem Malaysia tersohor yang banyak memenangi anugerah, Yasmin Ahmad dengan memaparkan kembali karya-karyanya. Filem-filemnya terkenal dengan jalan cerita yang menyentuh hati, menarik dan jujur malah cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia dalam membangkitkan rasa patriotik dan cinta kepada negara.

Bagi mengenang Yasmin Ahmad, sebuah syarikat teater antarabangsa terkenal yang memenangi anugerah, Liver & Lung Productions mempersembahkan teater yang diadaptasi dari filem ikonik, Sepet.

Pameran fotografi bersama dua jurugambar muda Malaysia yang terkenal turut diadakan sebagai sebahagian daripada kempen ini. John Kam akan mempamerkan dua pameran iaitu MEMBAWANG, meraikan hubungan erat yang dikongsi sesama rakyat Malaysia tanpa menyatakanya secara langsung dan SKINDEEP, koleksi kisah-kisah yang mempamerkan budaya Malaysia. Daniel Adams pula akan mengetengahkan pengalaman kanak-kanak zaman dahulu menerusi siri imej, dikonseptualisasikan dengan setiap barangan kegemaran di zaman kanak-kanak mereka. 


Pada majlis pelancaran, kempen GMBB Malaysiaku menunjukan suatu inisiatif yang menarik dari sudut kreatif dan lensa seni. Bercakap pada majlis tersebut, Lim Ying Hui, Penolong Pengurus Besar GMBB berkata, “Di GMBB, kami percaya seni dan kreativiti mempunyai keunikan dimana ia dapat menyentuh hati kita semua dan menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia tanpa perlu berbicara. Kempen Malaysiaku ini berpusar dalam memberikan penghormatan kepada bakat-bakat tempatan dari pelbagai latar belakang sambil memberikan inspirasi buat mereka yang masih baru. Hari ini, kami berbesar hati dapat mengumpulkan ramai artis tempatan yang berbakat di bawah satu kempen dalam meraikan Malaysia. Ini adalah kempen GMBB Malaysiaku pertama yang diadakan dan kami berharap untuk memperluaskan inisiatif ini untuk dijadikan acara tahunan.” 


“GMBB bukan semata-mata pusat membeli-belah kreatif tetapi juga bertindak sebagai platform untuk usahawan dan pengamal kreatif untuk memulakan dan membawa perniagaan mereka ke peringkat seterusnya menerusi pelbagai peluang kerjasama dan berkembang bersama sebagai sebuah komuniti yang membawakan kandungan yang unik terutama dalam industri seni dan kreatif. Kami berharap kempen ini dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai dengan karya agung sentuhan Yasmin Ahmad, dan pada masa yang sama mempromosikan bakat kreatif seperti John Kam, Daniel Adams dan Liver & Lung Productions, yang mempamerkan perspektif mereka yang berani serta tidak konvensional mengenai Malaysia,” tambah Lim. 

Acara dan program yang ditampilkan pada kempen GMBB Malaysiaku: 



Yasmin: 10 Years On | 7-8 September 2019 | MASUK PERCUMA 

Dalam mengingati kehilangan bakat kreatif tersohor yang ikonik 10 tahun lepas, GMBB membawakan kembali koleksi lengkap filem-filem Yasmin Ahmad seperti RABUN, SEPET, GUBRA, MUKHSIN, MUALLAF and TALENTIME. Setiap filem akan berakhir dengan pembincangan yang dipimpin oleh DeconRecon, sebuah portal dalam talian yang mengulas dan menganalisis budaya pop dari perspektif Asia. Selain itu, terdapat juga dokumentari pendek pelajar What Yasmin Left Behind diikuti sesi Q & A diketuai oleh Pengarah Wendy Goh.



ZAMAN KITA – Pameran Fotografi Bersama oleh John Kam dan Daniel Adam | 12-18 September 2019 | MASUK PERCUMA 

Zaman Kita adalah pameran fotografi oleh dua bakat kreatif di Kuala Lumpur: John Kam dan Daniel Adams. Pameran ini membawa balik kisah-kisah rakyat Malaysia yang melangkaui masa kecil dahulu. 


Pameran ini bermula dengan pandangan retrospektif ke dalam zaman kanak-kanak kolektif kita dengan siri ‘Nostalgia’ oleh Daniel, yang mengimbas semula anekdot visual individu dan token yang disimpan erat dalam hati sewaktu ketika membesar.


Diikuti pula dengan siri ‘MEMBAWANG’ oleh John yang menyelami ke dalam rantaian harmoni dan komuniti yang telah lama ada dan jelas kelihatan sejak zaman dahulu hinggalah sekarang.


Akihir sekali ialah ‘SKINDEEP’, sebuah projek naratif yang dipimpin oleh John bertujuan dalam memberikan penerangan tentang perspektif kehidupan mereka di negara ini, sama ada dari sudut sebagai penduduk tempatan, ekspatriat atau transien. 



Sepet The Musical oleh Liver & Lung Productions | 19 – 22 dan 26 – 29 September | RM 70/seorang 

Liver & Lung Productions menyajikan adaptasi filem ikonik Yasmin Ahmad, Sepet. Sepet The Musical adalah adaptasi pentas karya agung Yasmin Ahmad yang merupakan satu peristiwa penting dalam sejarah sinematik Malaysia. Variasi tema yang diangkat bersama oleh Yasmin dilihat masih kekal relevan untuk kita semua walau sudah 14 tahun berlalu ketika pertama kali kemunculannya. Dengan menggunakan muzik dan lirik Malaysia yang asli, Sepet The Musical memberikan penghormatan kepada gaya sinematik Yasmin Ahmad dengan mengekalkan material asal tetapi turut memberikan nafas baru kepada naratif abadi ini buat generasi baru Malaysia. Ini adalah peluang anda untuk mengimbas, menghidupkan semula klasik asli Malaysia dengan menyentuh dan menaksir cinta monyet kanak-kanak dan pantang larang serta sempadan yang memecah belahkan masyarakat. Tiket boleh dibeli di http://www.liverandlung.com/sepet. Tiket berharga RM70. 

Kempen GMBB Malaysiaku akan diadakan di aras bawah dan tingkat 3 di GMBB. Pengunjung dialu-alukan untuk meneroka pendekatan unik dalam meraikan Merdeka dan Hari Malaysia menerusi kesenian dan kreativiti dari 5 hingga 29 September, 11 pagi hingga 8 malam. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen GMBB Malaysiaku dan senarai aktiviti terkini di GMBB, ikuti kami di Facebook (https://www.facebook.com/gmbb.kl/) atau Instagram di (https://www.instagram.com/gmbb.kl/).

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!