NESTLÉ OMEGA PLUS WALK-A-MILE KE ARAH JANTUNG LEBIH SIHAT
Taman Tasik Perdana bertukar menjadi lautan merah apabila dibanjiri hampir 4,000 peserta NESTLÉ OMEGA PLUS Walk-A-Mile yang berbaju merah. Acara riadah jalan kaki yang paling lama di Malaysia itu kembali menyebarkan kesedaran kesihatan jantung buat tahun ke-18 berturut-turut menerusi kerjasama dengan Yayasan Jantung Malaysia (YJM) sempena sambutan Hari Jantung Sedunia.
Matlamat acara adalah untuk menyatukan rakyat Malaysia untuk katakan #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi sambil mengorak langkah pertama ke arah jantung yang lebih sihat. Antara faktor risiko utama penyakit jantung, kolesterol tinggi menjejaskan 47.7 peratus, atau satu daripada dua orang dewasa di Malaysia.
Lebih membimbangkan, 40 peratus daripada mereka tidak menyedari status kolesterol tinggi mereka. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan baru-baru ini menegaskan bahawa sikap acuh tak acuh masyarakat merupakan punca utama peningkatan kes-kes penyakit jantung.
“Kolesterol tinggi sebenarnya lebih dekat dengan kehidupan harian kita daripada apa yang disangkakan umum. Seiring dengan gaya hidup yang serba pantas serta tabiat pemakanan yang kurang sihat, semakin ramai rakyat Malaysia berhadapan dengan risiko kolesterol tinggi tanpa mengira siapa sahaja. Sebagai peneraju kesihatan jantung, kami kekal komited terhadap misi menggalakkan seramai mungkin rakyat Malaysia membuang sikap acuh tak acuh mereka dan katakan #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi,” jelas Kumaran Nowuram, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu dan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.
“Sebagai seruan kepada rakyat Malaysia untuk mengetahui status kolesterol serta bertanggungjawab terhadap kesihatan jantung mereka, Walk-A-Mile kembali pada tahun ini dengan matlamat yang lebih besar. Dalam mengekalkan rentak momentum program ini, kami menyedari pentingya perkongsian tanggungjawab antara satu sama lain untuk menjaga kesihatan jantung masing-masing. Justeru, kami berbesar hati untuk meneruskan kerjasama dengan YJM yang terjalin sejak program ini bermula 18 tahun yang lalu,” tambah beliau.
Selaras dengan komitmennya untuk menjana impak yang lebih besar terhadap usaha meningkatkan kesedaran dan pendidikan kesihatan jantung dalam kalangan rakyat Malaysia, Nestlé (Malaysia) Berhad menyampaikan sumbangan sebanyak RM35,000 kepada YJM pada acara tersebut. “Pendidikan merupakan pertahanan asas yang paling berkesan terhadap penyakit jantung,” kata Dato’ Sulaiman Osman, Naib Presiden YJM.
“Kami bersama-sama rakan kerjasama kami di NESTLÉ OMEGA PLUS menyeru agar lebih ramai lagi rakyat Malaysia untuk katakan #BUKANSAYA untuk kolesterol tinggi, dalam usaha berterusan kami untuk menyebarkan pendidikan kesihatan jantung supaya mereka dapat mengatasi sikap acuh tak acuh terhadap kolesterol tinggi. Penyakit jantung sememangnya boleh dicegah. Oleh sebab itu, kami menegaskan pemeriksaan kolesterol berkala serta amalan gaya hidup sihat.”
Walk-A-Mile tahun ini menampilkan pelbagai aktiviti berunsur pendidikan yang interaktif, serta membawa kembali pelbagai kegiatan menarik bagi meningkatkan pemahaman para peserta tentang kesihatan jantung. Acara riadah jalan kaki sebatu Hearty Walk meliputi laluan baharu di sekitar tasik yang merangkumi pelbagai kuiz dan halangan baharu bagi menyampaikan fakta serta menangkis tanggapan salah berkaitan kolesterol. Selain itu, sesi Zumba atau Hearty Steps mendapat sambutan hangat orang ramai dengan gerak tarian yang menarik, manakala Hearty Checks pula menawarkan pemeriksaan saringan kolesterol, glukosa darah dan indeks jisim tubuh (BMI) secara percuma.
NESTLÉ OMEGA PLUS menggalakkan semua rakyat Malaysia bersikap proaktif dalam menjaga kesihatan jantung mereka dengan mengurus paras kolesterol. Pengurusan kolesterol yang berkesan boleh dicapai menerusi gabungan perubahan tabiat dan gaya hidup, seperti mengamalkan diet seimbang, senaman tetap sekurang-kurangnya 5 kali seminggu (20 minit setiap kali bersenam), serta mengurangkan pengambilan makanan goreng dan berminyak.
Di samping itu, pengambilan dua gelas NESTLÉ OMEGA PLUS setiap hari terbukti secara klinikal dapat merendahkan kolesterol. NESTLÉ OMEGA PLUS mengandungi sterol tumbuhan yang mampu menghalang penyerapan kolesterol ke dalam aliran darah secara berkesan, sekaligus membantu untuk mencegah kolesterol tinggi.
Untuk mengekalkan kesihatan jantung dengan NESTLÉ OMEGA PLUS, layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.
Comments
Post a Comment