CAROUSELL RAIKAN #MYLOCALWIRA DENGAN SAMBUTAN HARI KELUARGA
Carousell, salah satu daripada pasaran mudah alih terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, meraikan kejayaan kempen pra-sosial #MYLocalWira dengan parti bertema Hari Keluarga bersempena Hari Malaysia.
Sejumlah RM8, 000 dikumpulkan untuk benefisiari kempen, Parents Without Partners (PWP), sebuah badan amal yang ditubuhkan untuk membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan, melalui penjualan item prasuka di Carousell yang disumbangkan oleh personaliti Malaysia terkemuka. Mereka adalah antaranya ratu skuasy negara Datuk Nicol David, atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) dan duta Global Citizen Ann Osman, model antarabangsa dan usahawan fesyen dan kecantikan terkenal Amber Chia, atlet sukan permotoran profesional dan “Drift Queen” Malaysia, Leona Chin, penerjun negara Leong Mun Yee, ratu gimnas kebangsaan Farah Ann dan pelumba basikal trek negara dan peserta Olimpik tiga kali Josiah Ng. Personaliti yang terkini bekerjasama dengan Carousell adalah hero badminton Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei. Beliau telah menawarkan raket kepunyaannya beserta lengan berautograf untuk kempen ini.
“Carousell percaya akan kepentingan memberi kembali, dan kami bertekad untuk menjadi pemain yang aktif dalam membina komuniti yang menyokong satu sama lain bukan hanya di kalangan ahli Carousell tetapi di kalangan semua rakyat Malaysia. Kami adalah platform yang ambil peduli, dan kami berharap parti ini dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat dan keluarga,” kata Tang Siew Wai, Ketua Serantau, Carousell Malaysia.
Acara ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan buat ahli-ahli PWP dan anak-anak mereka, antaranya latihan ‘lightsaber’ diketuai oleh Kelab Peminat Star Wars Malaysia, persembahan magis dan patung belon oleh badut Uncle Charlie, dan aktiviti seperti sesi pembacaan buku cerita oleh Kelab Penghargaan Buku KL dan seni pasir, beserta hidangan aiskrim dari Inside Scoop. Turut hadir pada acara ini adalah advokat terkenal #MYLocalWira Farah Ann dan Josiah Ng.
"Kami sangat menghargai sokongan yang kami terima dari Carousell - platform ini merupakan pasaran mudah alih terbaik buat rakyat Malaysia untuk menjual dan membeli pada harga yang berpatutan terutama sekali buat mereka yang ingin berjimat. Kami juga berterima kasih buat semua yang membantu dalam membida item-item tersebut,” jelas En Adrian Ong, Pengarah dan Pengurus Operasi Parents Without Partners. “Keperluan harian dalam membesarkan keluarga adalah sukar, terutama sekali buat ibu bapa tunggal. Dana ini pasti membantu dalam keperluan harian mereka seperti sewa rumah, barangan runcit dan bekalan sekolah untuk anak-anak mereka.”
PWP mengumpul dana terutama sekali melalui jualan item prasuka di kedai simpanan mereka, Jumble Station. Hari ini, rakyat Malaysia juga boleh menyumbang kepada organisasi amal ini melalui pembelian item-item di Carousell (pwpoffical)
Untuk melihat ribuan item yang dijual, layari https://my.carousell.com/ atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store dan Google Play Store. Untuk informasi dan perkembangan lanjut, ikuti Carousell di www.facebook.com/carousell.my atau Instagram @carousell.my
Comments
Post a Comment