Adakah anda seorang penggemar makanan laut? Restoran kegemaran ramai, Paya Serai di Hilton Petaling Jaya sedang mempromosikan hidangan bufet Crustracean Carnival mulai 1 – 31 October 2019 untuk makan tengahari, makan malam dan high-tea hujung minggu dengan harga RM68 nett, RM85 nett dan RM122 nett masing-masing.
Hidangan bufet ini menawarkan pelbagai makanan laut terutamanya yang bercengkerang yang disediakan dengan cara masakan autentik Melayu, India, Cina dan Barat, juga menampilkan beberapa stesen masakan secara langsung di restoran tersebut. Para pengunjung boleh memilih makanan laut kegemaran mereka untuk dimasak oleh chef-chef berpengalaman di depan mereka mengikut citarasa masing-masing.
Antara maskan Melayu yang dihidangkan adalah Siput Sedut Masam Manis, Lala Masak Belado Hijau, Udang Sambal Petai, Kerang Masak Lemak, Udang Lipan Masak Tomato, Ketam Masak Lemak Nanas Cili Padi, Lokam Bakar Berempah dan Siput Buluh Bercili.
Menu masakan Cina menampilkan Butter Oat Prawns, Stir Fried Clams Kam Heong Sauce, Seafood Black Bean Fried Rice, Stir Fried Squid with Dried Chilli dan Black Pepper Mussels.
Pilihan makanan India menampilkan masakan berempah dan aneka kari termasuk Masala Ketam, Kari Udang dan Pakora Sotong. Kepada yang gemarkan masakan Barat, jamulah selera dengan Crab Ragout, Crustacean Lasagne, Seafood Paella dan Stuffed Potato with Seafood Marinara.
 |
Ketam Masak Lemak Nanas Cili Padi |
 |
Lala Masak Belado Hijau |
 |
Siput Buluh Bercili |
 |
Udang Lipan Masak Tomato |
 |
Baked Lamb Rack and Shoulder on Dried Prawn Peanut Sauce |
 |
Flower Crab with Egg Sweet and Sour |
 |
Stir Fried Squid with Dried Chilli |
 |
Seafood Paella |
 |
Stuffed Potato with Seafood Marinara |
 |
Siput Sedut Masam Manis |
 |
Kerang Rebus |
Kepada yang gemarkan citarasa segar asli makanan laut boleh menuju ke bahagian Seafood on Ice untuk menikmati Black Lips Mussels, Green Mussels, Poached Tiger Prawns, Fresh Oysters, Slipper Lobsters and Yabbies yang dihidangkan di atas dulang ais.
 |
Seafood on Ice |
Paya Serai terletak di aras lobi hotel Hilton Petaling Jaya dan beroperasi setiap hari dari 6 pagi – 10:30 malam.
Diskaun 25% ditawarkan kepada ahli Hilton Dining APAC dan diskaun 15% untuk ahli-ahli kad kredit yang terpilih.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi +603 7955 9122 atau layari
www.zestpj.com.
Comments
Post a Comment