GILIRAN PARA MILENIA AMBIL ALIH PENTAS



Program realiti Mentor Milenia yang mencari bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur berjaya dan berkemampuan di dunia seni kini kembali untuk musim ketiga! Berbeza dari tahun-tahun yang lepas, Mentor Milenia musim ketiga ini menampilkan lima penyanyi popular tanah air sebagai barisan mentor.

Menurut Puan Zurina Othman, Pengurus Besar Jenama, Integrasi Digital & Perolehan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, "Pelbagai kelainan yang diperkenalkan pada musim baharu ini, salah satunya adalah penambahan Stacy dan Ernie Zakri sebagai mentor buat pertama kali di samping mengekalkan Black, Hazama dan Akim. Selain itu, Mentor Milenia tahun ini turut menampilkan konsep dan format baharu.

Kehadiran kelima-lima mentor berpengalaman dalam bidang seni beserta vokal yang mantap ini pastinya dapat mencuit hati penonton dengan gelagat masing-masing yang sentiasa memberi keceriaan kepada penonton. Sudah semestinya ramai yang ingin melihat keletah pasangan Akim dan Stacy bersaing untuk mengekalkan protege masing-masing di atas pentas Mentor Milenia ini nanti." 

Uji bakat yang telah dijalankan di Kota Kinabalu, Sabah (3 dan 4 Ogos) dan Shah Alam (24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September) menampilkan ramai bakat muda yang mampu menjadi pelapis tempatan. Hampir 1400 peserta telah hadir ke uji bakat, tetapi hanya 20 peserta sahaja yang dipilih untuk ke peringkat seterusnya sebelum para mentor memilih dua orang protege setiap seorang pada episod kedua dan ketiga. Rakaman episod tersebut akan dijalankan pada 6 Oktober di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Konsep terbaharu ini pastinya membuatkan para peserta lebih berhati-hati dan fokus kerana antara 20 peserta ini hanya 10 sahaja terpilih untuk berentap di pentas Mentor Milenia berbeza dengan musim sebelumnya. Cabaran kelima-lima mentor berpengalaman kali ini ialah membuat penelitian yang terperinci dalam pemilihan dua bakal protege mereka. 

Tidak lengkap Mentor Milenia musim ini tanpa pihak juri dan sistem pemarkahan bagi setiap persembahan para protege. Juri profesional pada musim ini ialah Altimet dan Datuk Syafinaz. Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri dan 40% undian awam. Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia

Juara Mentor Milenia tahun ini akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi Mentor Milenia 2019. Selain itu, juara juga bakal mendapat lagu debut ciptaan salah seorang komposer ternama di Malaysia, lengkap berserta video muzik serta dijadikan OST drama di TV3. Pemenang juga akan menerima waktu promosi televisyen dan radio bernilai RM500,000 dan dokumentari pendek kisah mereka sepanjang di Mentor Milenia untuk disiarkan di saluran YouTube TV3.

Mentor Milenia dibawa khas oleh penaja utama KFC, Sedap Hingga Menjilat Jari dan penaja bersama, OPPO A9 2020, 48MP Kuad Kamera, 8GB RAM + 128GB ROM. 

Saksikan Mentor Milenia yang bakal menemui penonton TV3 bermula 6 Oktober 2019 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 10 episod dan dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty (Hot FM). Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang http://www.xtra.com.my/mentormilenia.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI