RAIKAN "DIVINE DIWALI" DI PAVILION KUALA LUMPUR
Pavilion KL, yang merupakan destinasi utama beli-belah di Malaysia hari ini melancarkan kempen "Divine Diwali" — acara penuh keceriaan sempena sambutan Deepavali sebagai menandakan bermulanya keraian Pesta Cahaya.
Diilhamkan oleh pameran taman bunga dari seluruh dunia, pusat beli-belah berkenaan menampilkan sembilan hiasan kolam yang menawan, disusun dan dihias dengan bunga-bungaan cantik dan berwarna-warni, ditempatkan di pelbagai presint di sekitar pusat beli-belah, bertujuan untuk membawakan pengalaman ceria serta keindahan perayaan yang penuh warnawarni itu.
Pameran utama "Divine Diwali" bertempat di dataran Pavilion Crystal Fountain — menampilkan "Hiasan Kolam Bunga Fabrik Terbesar" yang tersenarai di dalam Malaysia Book of Records.
Bermula dari sekarang hingga 31 Oktober 2019, "Divine Diwali", yang turut disokong oleh Pesuruhjaya Tinggi India, mengalu-alukan orang-ramai untuk menikmati kemeriaah Deepavali, yang mempamerkan bukan hanya hiasan penuh ceria dan berseri, tetapi turut diiringi dengan persembahan tarian, ganjaran beli-belah serta pengalaman unik lain sepanjang sebulan menuju sambutan Deepavali.
Untuk memeriahkan suasana, bermula dari 1-6 Oktober, sebuah bazar khusus akan diadakan untuk menjual pakaian tradisional India, makanan ringan, serta hiasan rumah di pintu masuk utama, tingkat 3 sempena palancarannya.
Dari 7-31 Oktober pula, bazar berkenaan akan dialihkan ke presint Connection.
Bagi memeriahkan pelancarannya turut hadir ialah tetamu kehormat, Pesuruhjaya Tinggi India, Yang Mulia Shri Mridul Kumar bersama isterinya, Puan Sumita Goyal; disertai juga oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Peruncitan ) Pavilion Kuala Lumpur, Dato’ Joyce Yap; Ketua Pegawai Eksekutif Pavilion REIT, Dato’ Philip Ho; ahli lembaga pengarah Pavilion REIT, pengurusan kanan Pavilion KL serta tetamu dan pengunjung yang datang.
"Deepavali merupakan perayaan yang meraikan keindahan cahaya dan menyatukan kita. Tahun ini kami memanfaatkan keindahan kolam dengan "Divine Diwali" memandangkan ia mewakilkan dengan baik semangat Deepavali, yang mengutamakan keharmonian serta kesatuan. Diilhamkan dari pameran bunga di seluruh dunia, kolam yang dipersembahkan ini akan menjadi lambang simbolik Kolam di presint Connection yang direka menggunakan celak M. A. C. sempena pembukaan kedai baru jenama itu di Pavilion KL. kepada penyatuan pelbagai kaum, warganegara, agama serta kepercayaan bagi merayakan pesta cahaya yang mengatasi kegelapan ini," ujar Dato’ Joyce Yap.
Pavilion KL juga berkerjasama dengan Maybank selaku bank rasmi bagi 2019, serta M.A.C. Cosmetics bagi sebuah pengalaman digital interaktif. Akan disediakan sebuah reruai pengaktifan M.A.C. Cosmetics di pintu masuk utama, serta di bahagian Connection berdekatan kedai baru jenama itu di tingkat 3.
Tawaran Pemegang Kad Maybank Pemegang kad Maybank boleh menebus tapak lilin perayaan edisi terhad dengan hanya membelanjakan minimum RM300 dalam satu resit, atau RM200 dengan kad kredit Maybank di kedai-kedai khusus.
Pemegang kad Maybank juga berpeluang menebus sampul perayaan Bric's Milano dengan membelanjakan minimum RM800 dalam satu resit menggunakan kad kredit Maybank.
Untuk maklumat lanjut berkaitan "Divine Diwali" dan setiap aktiviti serta persembahannya, layari laman web Pavilion KL di www.pavilion-kl.com, ikuti kemaskini semasa di laman Facebook rasmi Pavilion KL, akaun Instagram/PavilionKualaLumpur atau hubungi kaunter pertanyaan Pavilion KL di talian 03 2118 8833.
Comments
Post a Comment