CETUSKAN IMPIAN KEDIAMAN YANG LEBIH BERNILAI DENGAN JOTUN
Jotun Paints Malaysia secara rasminya telah melancarkan Trend Warna Global Jotun 2020 (Jotun Global Colour Trends 2020) hari ini dengan pengenalan 12 tambahan warna. Sempena pelancaran bagi tahun 2020 ini, Jotun turut memperkenalkan Majestic True Beauty baharu dan mempertingkatkan ciri-ciri Majestic Supreme Finish berasaskan air serba baharu untuk kayu dan trim – bagi gaya yang memenuhi kehendak.
Seiring dengan dekad baharu, sesetengah perkara tidak akan berubah. Namun, kediaman indah sentiasa menjadi sumber kepada kebanggaan dan keselesaan bagi semua orang. Satu lagi kaedah yang tidak lekang dek masa? Inilah komitmen yang Jotun berikan kepada pemilik rumah berkaitan ruang dalaman yang indah dan berdaya tahan serta cukup bernilai untuk diperkatakan.
Pada masa kini, pemilik rumah semakin bijak menilai dan mempunyai idea khusus mengenai suasana yang diingini dalam memilih warna cat ruang dalaman. Rumah, adalah suatu cetusan personaliti seseorang; suatu perluasan terhadap gaya hidup yang disusun mengikut warna. Cat Majestic Jotun memenuhinya dengan melonjakkan atau menyokong visi estetika pemilik rumah – kini dan pada tahun-tahun mendatang. Sebagai inspirasi, rujuk 2020 Colour Design By Jotun: sebuah panduan untuk kombinasi warna trending bagi tahun-tahun akan datang.
BAHARU & DIPERTINGKATKAN
Dibangunkan khusus untuk memberi aliran dan perataan yang unggul, formula yang dipertingkatkan dalam Majestic True Beauty memberikan kemasan dinding yang lebih licin dan tampak anggun, yang pasti membanggakan pemilik rumah. Penambahbaikan kepada penghalang tompokan kotor memastikan dinding mudah dibersihkan, supaya kediaman anda sentiasa kelihatan segar dan baru. Dengan teknologi milik Jotun True Colour Technology memberikan warna yang lebih seragam, anda akan lebih yakin dengan dinding yang sentiasa tampak indah.
TUMPUAN KEPADA PERINCIAN
Kediaman yang secara estetika menggembirakan adalah tidak terhad kepada dinding dan perabot semata-mata; ia juga dicetuskan menerusi kemasan yang kecil dan halus. Maka dengan itu, kami memperkenalkan Majestic Supreme Finish serba baharu yang merupakan cat kayu dan trim berasaskan air dengan kemasan yang rapi. Mengandungi penghalang kotoran bagi memastikan ia mudah dibersihkan tanpa kehilangan warna asalnya. Untuk keselesaan keluarga dan kediaman sihat, Majestic Supreme Finish mempunyai kurang bau dan lebih mudah kering berbanding cat konvensional berasaskan pelarut.
VISI 2020
Ketibaan dekad baharu memanggil kita kepada permulaan baharu, cita-cita dan harapan untuk masa hadapan. Bagi kebanyakan kita, inilah masanya untuk memikirkan mengenai perubahan yang boleh kita lakukan – kepada diri kita sendiri dan juga kediaman kita – yang akan membantu kita menzahirkan diri sendiri, menetapkan matlamat dan menjalani kehidupan kita sebaik-baiknya.
Lazimnya, ia bermula dengan warna. Warna yang mengelilingi kita mempunyai kuasa untuk mengubah semangat dan cara berfikir. Warna menentukan persekitaran rumah dan menggambarkan personaliti orang yang tinggal di dalamnya. Jadi, apabila kita mahu melakukan perubahan di dalam kehidupan seharian, warna rumah kita adalah permulaan yang wajar.
Setiap tahun, Pengurus Warna Global Jotun, Lisbeth Larsen dan rangkaian perunding warna antarabangsanya di kota-kota utama di Asia Tenggara, Timur Tengah, Eropah dan Skandinavia melakukan kaji selidik yang menyeluruh terhadap trend global di dalam reka bentuk dan warna – dan tingkah laku manusia serta aliran sosial di sebaliknya. Di ibu pejabat Jotun di Sandefjord, Norway, maklumat-maklumat yang dikumpul telah diterjemahkan ke dalam palet warna berbeza – warna yang mendefinisikan tahun mendatang. Pada detik penting seperti permulaan dekad baharu, proses tersebut menjadi lebih signifikan.
‘Detik permulaan dekad baharu adalah tempoh peralihan yang sangat bermakna, apabila warna di sekeliling kita boleh membawa getaran tambahan,’ kata Larsen. ‘Mereka disuntik dengan harapan dan kesungguhan. Mereka boleh mewakili aspirasi kita untuk belajar dan merantau jauh; matlamat kami supaya menjadi lebih sedar atau maklum; sasaran kami ialah memberi diri kita sendiri suatu ruang untuk mereka cipta dan lesen untuk memasang impian.’
Sebanyak 12 warna baharu 2020 Colour Design By Jotun, setiap satunya melahirkan aspirasi khusus, aspek kehidupan kontemporari, atau perwatakan berbeza yang nyata. Daripada warna perlindungan bumi Grounded Red hingga Statement Blue yang terang dan kreatif, kecanggihan intelektual Wisdom kepada penuh semangat Lively Red, 12 warna baharu Jotun kesemuanya direka untuk mencetuskan reaksi emosi secara khusus.
Comments
Post a Comment