"CIRCUS ON ICE" MEMPESONAKAN DI LAMAN LANAI, MATIC KL



Buat julung kalinya Laman Lanai MaTic Kuala Lumpur telah menjadi destinasi pilihan bagi persembahan 'Circus On Ice' yang dibawakan khas oleh Great British Circus dengan kerjasama penuh dengan pihak Tourism Malaysia.

Acara yang masyhur di kalangan penonton-penonton seluruh Eropah dan dunia selama lebih 50 tahun ini dianjurkan oleh syarikat tempatan, Big Kid Entertainment (M) Sdn Bhd yang berpengalaman dalam penganjuran sarkas dan acara. 'Circus On Ice' mula membuka tirainya pada 6 Disember 2019 bertempat di Laman Lanai MaTiC Kuala Lumpur dan akan berlangsung sehingga 01 Januari 2020.


Pengunjung boleh mula menonton seawal 5.30 petang dan 8.30 malam, pada setiap hari dan bercuti pada 16hb Disember 2019 sahaja Tiket boleh didapati dengan harga serendah RM40 - RM80 (dewasa), RM25 - RM60 (kanak-kanak dan warga emas) mengikut pilihan tempat duduk.

Pelbagai persembahan bertemakan 'Circus On Ice' dapat disaksikan seperti pertunjukkan meluncur di atas air, badut, akrobatik, 'Wheel of Death' dan banyak lagi. Kesemua peserta persembahan datang dari pelbagai negara termasuklah Colombia, Cuba, Rusia, Ukraine dan lain-lain.


Selaras dengan penganjuran acara bertaraf antarabangsa ini, kami berharap dapat menarik puluhan ribu pengunjung khususnya, dari seluruh warga Malaysia untuk menyaksikan acara ini secara tidak langsung dapat meningkatkan potensi pelancong untuk menginap di Kuala Lumpur, selain itu kerajaan juga dapat merasai limpahan ekonomi serta merangsang pertumbuhan jualan terutamanya produk keluaran tempatan. 


Untuk tempahan awal tiket, boleh menghubungi 016-407 1880 atau 011-161 50805. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Circus On Ice, sila layari https://www.greatbritishcircusmalaysia.com/ dan https://www.facebook.com/GreatBritishCircusMalaysia/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!