CADBURY FC TAMPILKAN JAMIE REDKNAPP DI MALAYSIA



Cadbury, salah satu jenama coklat terkemuka di Malaysia dan jenama konfeksi terbaik di dunia di bawah Mondelēz International secara rasminya memulakan musim ketiga usahasama dengan liga bola sepak terkemuka, Liga Perdana. Cadbury mempersembahkan penampilan eksklusif lagenda bola sepak, Jamie Redknapp yang pernah mewakili kelab bola sepak terkemuka seperti Liverpool, Tottenham Hostpur dan Southampton berserta trofi Liga Perdana di Malaysia. 

Usahasama Cadbury dengan Liga Perdana telah bermula sejak tahun 2018 untuk memberikan pengalaman bola sepak dan kenikmatan coklat kepada peminat tempatan. Kejayaan kempen Cadbury FC pada tahun 2018 dan 2019 dicapai dengan penampilan istimewa Andy Cole dan Michael Owen. Sebagai “Official Snack Partner” Liga Perdana, Cadbury sekali lagi memperkenalkan kempen Cadbury FC di Malaysia dengan matlamat untuk mendekati peminat coklat dan bola sepak dalam negara dengan memberikan beberapa pengalaman yang istimewa. 

Penampilan eksklusif Trofi Liga Perdana dan Jamie Redknapp yang dibawakan oleh Cadbury memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati keseronokan aura Liga Perdana melalui kempen Cadbury FC. 

“Cadbury telah menjadi “Official Snack Partner” Liga Perdana semenjak 3 tahun yang lalu. Usahasama ini adalah untuk membawa dua jenama ikonik dunia yang mempunyai tempat yang unik di dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Di Malaysia, kami melihat kerjasama ini sebagai peluang untuk berkongsi saat-saat keseronokan yang dinikmati melalui sukan bola sepak, dan ianya tidak terhad kepada peminat Cadbury sedia ada, malahan kepada pengguna yang baharu juga.” kata Rahul Mathur, Pengurus Kategori Coklat untuk Mondelez International, Malaysia dan Singapura. 


Beliau menambah, “Perkongsian ini juga selari dengan arah tuju jenama Cadbury untuk memberi inspirasi kepada masyarakat di dunia dalam menikmati kebaikan dalam setiap perkara. Sudah bertahun lamanya, Cadbury amat sinonim sebagai sebuah jenama yang melambangkan dan mencetuskan pelbagai emosi serta nilai-nilai murni seperti nilai kekeluargaan, kebaikan dan kemesraan bersama. Di atas dasar ini, ianya memberi peluang kepada Cadbury untuk mengajak rakan-rakan Cadbury di luar sana dan keluarga tersayang untuk bersama- sama mencipta pengalaman dan berkongsi semangat dalam bola sepak. Selain dari itu, keseronokan yang menanti juga termasuklah peraduan Buy and Win Cadbury FC yang menawarkan pengguna peluang keemasan menonton perlawanan Liga Perdana pilihan mereka di UK.” 

Dalam melengkapkan kempen Cadbury FC ini, lagenda bola sepak Liga Perdana iaitu Jamie Redknapp merasmikan musim ketiga melalui lawatan tiga harinya ke Kuala Lumpur. Kempen yang ditunggu-tunggu ini menawarkan peminat sukan bola sepak dengan menikmati saat-saat bola sepak yang mengujakan dengan penampilan Jamie Redknapp dan juga dengan kehadiran trofi Liga Perdana dan akan disusuli dengan penampilan seorang lagi lagenda Liga Perdana pada bulan Mac 2020. 

Jamie Redknapp yang terkenal di peringkat antarabangsa dalam kerjayanya sebagai pemain tengah Liga Perdana di beberapa kelab bola sepak ternama termasuk Liverpool dan Tottenham Hotspur turut berkongsi keseronokan beliau dalam menjayakan kempen ini. Beliau yang telah mula mencipta nama sebagai pemain bola sepak utama di Anfield itu turut memperoleh pengiktirafan menjadi kapten kelab bola sepak Liverpool pada tahun 1999 di mana beliau telah membawa kelab itu dalam mencapai pelbagai kejayaan pada tahun-tahun seterusnya. 

Bercakap pada pelancaran tersebut, Jamie Redknapp berkata, “Saya berasa sangat teruja berada di Malaysia untuk melancarkan kempen Cadbury FC di sini. Saya berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan beberapa peminat tempatan dan berasa sangat kagum dengan semangat mereka terhadap sukan bola sepak. Cadbury dan Liga Perdana berkongsi matlamat yang sama untuk memberi inspirasi kepada peminat dalam menikmati keseronokan dan ini yang membuatkan usahasama ini menarik. Saya berasa sangat gembira dapat turut sama menjayakan kempen ini dan berkongsi pengalaman yang bermakna bersama peminat bola sepak dan penggemar coklat di Malaysia.” 


Trofi Liga Perdana yang mula digunakan pada tahun 1992 itu bakal membuat penampilan istimewa pada tahun ini di Kuala Lumpur dari 4 hingga 6 Februari 2020 untuk memberikan peminat bola sepak di Malaysia peluang untuk mendekati trofi berprestij ini. Peminat akan mendapat peluang keemasan untuk bergambar bersama trofi ikonik ini, bertemu dengan lagenda bola sepak, Jamie Redknapp, dan menikmati pengalaman mengujakan melalui kempen Cadbury FC digabungkan dengan aktiviti bola sepak yang mendebarkan. 

Maklumat Penampilan Trofi Liga Perdana 

Tarikh: 5 Februari 2020, Rabu 
Waktu: 12 tengah hari - 9 malam 
Tempat: Tesco Kepong (3, Jalan 7A/62A, Bandar Menjalara, 52200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 

Tarikh: 6th Februari 2020, Khamis
Waktu: 10 pagi - 9 malam 
Tempat: Sunway Pyramid, (LG Ice Rink Railing, no 3, Jalan PJS 11/15, Sunway City, 47500 Petaling Jaya, Selangor) 

Memasuki tahun ketiga, Cadbury sekali lagi mengadakan peraduan Cadbury FC dengan hadiah yang menarik termasuk jersey kelab bola sepak yang telah ditandatangani, but bola sepak dan hadiah utama untuk 10 pemenang bertuah bersama seorang rakan yang akan memenangi Tiket VIP dan percutian berbayar sepenuhnya untuk menonton perlawanan Liga Perdana di UK. Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Februari hingga 31 Mac 2020. Langkah-langkah untuk menghantar penyertaan adalah seperti berikut: 
  1. Beli mana-mana produk Cadbury dengan sebarang nilai dari kedai di seluruh negara. 
  2. Hantar nama, no. kad pengenalan dan gambar resit pembelian sebagai bukti melalui WhatsApp ke 010 897 9899 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Cadbury Malaysia dan peraduan Cadbury FC, rujuk laman Facebook Cadbury Malaysia di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING