CLEAR MALAYSIA LANCAR RANGKAIAN CLEAR BOTANIQUE
Diinspirasikan oleh kebaikan botani dan dimanfaatkan oleh sains, CLEAR Malaysia dengan bangganya melancarkan rangkaian produk penjagaan rambut baharu, CLEAR Botanique, yang mengandungi 100% bahan semula jadi tanpa paraben dan pewarna. Rangkaian ini boleh didapati di pasaraya, kedai runcit, farmasi serta laman e-dagang di Malaysia.
Wanita masa kini selalu ingin mencari penyelesaian untuk masalah kelemumur mereka disamping mengekalkan rambut yang cantik dan bermaya. Walaupun syampu anti-kelemumur diketahui keberkesanannya, ada di antara wanita ini risau syampu anti-kelemumur membuatkan rambut mereka kelihatan kusam dan kasar. Oleh sebab itu, ramai wanita pada masa ini memilih syampu yang mengandungi bahan semula jadi sebagai penyelesaian bagi masalah rambut dan kulit kepala mereka.
Kini, dengan CLEAR Botanique, para wanita boleh meyakini bahawa rambut dan kulit kepala mereka akan dipelihara dengan baik. Rangkaian produk syampu dan perapi anti-kelemumur CLEAR pertama yang mengandungi bahan semula jadi ini melindungi rambut dan kulit kepala dibantu oleh teknologi anti-kelemumur tiga kali ganda dan 100% ekstrak botani semula jadi. Formulasi baharu ini menguatkan kulit kepala untuk kulit kepala bebas kelemumur* di samping mengekalkan rambut yang kelihatan kuat bersinar dan cantik bermaya.
“Untuk mendapatkan rutin penjagaan rambut yang sempurna adalah sukar kerana wanita hari ini bukan hanya mencari jawapan untuk rambut yang bebas kelemumur. Sebaliknya, mereka menginginkan penyelesaian penjagaan rambut menyeluruh yang boleh menyelesaikan masalah kelemumur di samping memelihara rambut mereka, agar kelihatan cantik dan bermaya. Inilah idea yang mendorong kami untuk memperkenalkan CLEAR Botanique kepada pengguna kami," kata Natalie Goh, Pengurus Pemasaran untuk Kategori Rambut dari Unilever.
“Kulit kepala berkelemumur dan rambut rapuh merupakan mimpi ngeri setiap wanita yang menyebabkan hilangnya keyakinan diri. Kami percaya bahawa kulit kepala yang sihat dan subur menjadi sumber perlindungan daripada masalah kulit kepala (kelemumur, kegatalan, kekeringan dan berminyak) dan merupakan asas untuk rambut yang sihat dan kuat. Ini menghapuskan segala kerisauan dan anda kelihatan berada pada tahap yang terbaik,” tambahnya.
Siri produk Botanique CLEAR mempunyai 2 varian syampu dan perapi iaitu 'Nourished and Healthy' untuk kulit kepala dan rambut yang kering, dan 'Balanced and Bouncy' untuk kulit kepala dan rambut yang berminyak.
Keterangan dua
varian tersebut ialah:
Varian
|
Bahan
|
|
1
|
Balanced and Bouncy
Diperkaya dengan
3 Minyak Bijian Super untuk menyegar dan mengawal kulit kepala
berminyak agar rambut lebih segar, kuat dan beralun.
|
Minyak biji anggur: Membantu menyuburkan rambut dan kulit kepala
untuk menghalang kelemumur*.
Minyak biji jojoba: Diserap secara berkesan dan melarut campur
dengan sebum dan tidak meninggalkan kesan berminyak selepas digunakan.
Minyak biji bunga matahari: Sebagai agen perapi untuk menguatkan kulit kepala untuk rambut sihat. |
2
|
Nourished and Healthy
Diperkaya dengan
5 Minyak Pati untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut yang kering
agar rambut sihat, subur dan cantik.
|
Minyak lavender: Diketahui sebagai agen penenang dengan faedah wangian.
Minyak Tea Tree: Membantu untuk melawan kelemumur dan melembapkan kulit kepala. Minyak limau gedang: Dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan menguatkan akar rambut untuk rambut yang sihat. Minyak daun rosemary: Diketahui mengandungi antioksidan yang tinggi. Minyak limau bergamot: Dapat membantu mengalirkan darah ke kulit kepala untuk rambut yang cantik bermaya dan sihat |
Varian ‘Balanced and Bouncy’ menampilkan 3 Minyak Bijian Super untuk rambut kuat dan beralun. |
Varian ‘Nourished and Healthy’ diperkaya dengan 5 Minyak Pati untuk menyuburkan kulit kepala dan rambut yang kering agar rambut sihat, subur dan cantik. |
Anda boleh membeli produk ini di farmasi Guardian dan kedai atas talian dengan harga RM22.90 untuk syampu dan perapi masing-masing, atau sebagai satu set untuk RM45.80.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh berinteraksi dengan CLEAR Malaysia di Facebook atau Instagram. Untuk maklumat selanjutnya, kunjungi laman web CLEAR.
Comments
Post a Comment