COSPLAY HEROES - SIRI REALITI BERKONSEPKAN COSPLAY DI IFLIX



iflix, servis hiburan nombor satu Asia Tenggara, hari ini mengumumkan pelancaran sebuah rancangan realiti original bersiri berjudul Cosplay Heroes, secara eksklusif di iflix. Rancangan realiti berkonsepkan cosplay ini adalah hasil terbitan bersama Axiata Group Berhad dan disokong oleh Celcom Axiata Berhad. 

Cosplay Heroes boleh ditonton oleh semua pengguna iflix di Malaysia, di mana, tiga episod baru dari sembilan episod rancangan boleh disaksikan pada setiap hari Khamis. 

Rancangan realiti bersiri ini menampilkan pelakon dan model terkenal Zahirah MacWilson sebagai hos rancangan. Cosplay Heroes, pertandingan cosplay original pertama di Asia menampilkan bakat- bakat cosplay Malaysia untuk melaksanakan beberapa tugas-tugas tertentu. Mereka dikehendaki menghasilkan pakaian yang agak rumit, mengikut watak-watak yang telah mereka pilih dan berpeluang memenangi wang tunai RM10,000. Pada setiap episod, para peserta akan berhadapan dengan juri-juri profesional untuk penilaian pemarkahan ataupun penalti yang bakal dikenakan. 

Sebagai penentuan, Yugana dan Abudora adalah dua penggiat cosplay profesional Malaysia yang menggalas tugas sebagai juri rancangan ini. Yugana akan lebih menumpukan kepakarannya dari sudut kreativiti dan keperibadian. Manakala, Abudora (seorang graduan Seni Bina) akan fokus kepada aspek teknikal dan praktikal pemakaian. 

Dinesh Ratnam, selaku Pengurus Besar iflix berkata, "Tidak dinafikan, populariti Cosplay semakin berkembang di Malaysia. Kami amat berbangga kerana dapat berkongsi pengalaman menarik disebalik tabir pembikinan rancangan ini bersama peminat. Jika sebelum ini, mereka hanya boleh tonton di televisyen, kini peminat boleh ke platform kami untuk mendapatkan hiburan sebegini.” 

Untuk menyaksikan Cosplay Heroes dan banyak lagi judul rancangan TV dan filem menarik, pelanggan Celcom boleh melanggan iflixVIP, dengan harga eksklusif, RM9 sebulan. 

Tonton iflix PERCUMA di sini.

Comments

Popular posts from this blog

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

CITRAWARNA SPEED FESTIVAL 2026 MERAIKAN SENI BUDAYA BERSAMA KEMERIAHAN SUKAN PERMOTORAN

HEALTH SUMMIT ASIA (HSA) 2027: MEMACU INOVASI, AKSES PASARAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI DI SELURUH EKONOMI KESIHATAN ASIA YANG BERNILAI RM20 TRILION

ASTRAZENECA MALAYSIA & MSN TINGKATKAN KESEDARAN SERTA SOKONGAN PENJAGAAN AHUS