DR DERMIS - DIFORMULASIKAN UNTUK MELINDUNGI KULIT SENSITIF


Kepada wanita (dan juga lelaki) yang mempunyai kulit sensitif, proses mencari rangkaian penjagaan kulit mungkin adalah sesuatu yang agak sukar. Produk-produk biasa mungkin terlalu kasar untuk kulit tetapi produk-produk yang lembut pula mungkin tidak efektif sepenuhnya. Sementara itu, keadaan kulit mungkin bertambah buruk dengan faktor perengsa seperti tekanan, klorin di dalam kolam mandi, perubahan cuaca yang melemahkan fungsi kulit sebagai pelindung semulajadi. Ini akan menyebabkan kulit menjadi gatal, kering, bertompok merah dan mungkin juga menyakitkan.

Untuk mengatasi masalah kulit terutamanya untuk orang Asia, jenama terkemuka penjagaan kulit Bio-Essence melancarkan rangkaian penjagaan kuit yang tebaru di bawah jenama DR Dermis yang dibangunkan bersama pakar dermatologi dan menampilkan Derma-Mimic Complex, iaitu formulasi yang menyerupai lapisan lipid kulit semulajadi untuk memulihkan kerosakan kulit sensitif dan melindungi kulit dari faktor luaran. 

Pelancaran Dr Dermis dengan formulasi Derma-Mimic Complex melibatkan  lebih daripada 200 orang penyelidik dan saintis, termasuk pakar dermatologi!


Regim DR Dermis merangkumi 5 langkat untuk 7 produk; Clarifiant Gel Cleanser, Amino Gentle Cleanser, Cera-Essential Liquid, Double Power Vitamin Concentrate, Double Power Vitamin Moisturizer, Cera-Repair Cream and Hydrogen Spray.


Rangkaian penjagaan kulit ini juga dirumus agar ia hypoallergenic, bebas alkohol, bebas pewangi dan bebas paraben.

Bukan itu sahaja, rangkaian DR Dermis juga menampilkan  Advanced Triple Ceramides yang merawati kulit sensitif yang kering dan juga  Double Power Nutrients untuk melindungi kulit daripada kering dan merekah!


Jadi, DR Dermis bukan sahaja melindungi kulit sensitif, malahan ia merawat dan memulihkannya juga.

Untuk maklumat lanjut tentang DR Dermis, sila layari https://www.drdermis.com.my/

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA