Fenomena KUDRAT 1968: High Council berterusan apabila filem terbitan Astro Shaw ini berjaya mencatat kutipan pecah panggung RM20 juta setakat ini, sekali gus membuktikan sambutan luar biasa penonton terhadap francais High Council. Sejak ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 29 Oktober lalu, KUDRAT 1968: High Council terus menjadi antara filem yang hangat diperkatakan, didorong oleh kekuatan penceritaan, barisan pelakon berbakat serta sokongan padu peminat yang dikenali sebagai KUDRATICS. Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif KUDRAT 1968: HIGH COUNCIL, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, "Alhamdulillah, kami amat bersyukur dengan pencapaian RM20 juta ini. Apa yang lebih bermakna buat kami adalah melihat bagaimana dunia High Council terus berkembang dalam Astro Shaw Cinematic Universe dan mendapat sokongan yang begitu kuat daripada penonton, khususnya KUDRATICS yang sentiasa bersama kami sejak awal. "Kami juga sangat terharu melihat sambutan peminat menerusi pelbag...
Comments
Post a Comment