SOCAR MENYEMARAKKAN KASIH SAYANG SEMPENA HARI KEKASIH



Setiap kali tibanya Hari Kekasih yang disambut pada 14 Februari, kebanyakan daripada kita pasti akan memikirkan cara yang paling romantis untuk meraikannya. Namun kasih sayang mempunyai makna yang lebih besar daripada itu, seperti kasih sayang pada keluarga, rakan-rakan, haiwan peliharaan, negara serta budaya, dan ada sesetengahnya, kasih sayang kepada harta paling berharga. Kita tetap merasainya walaupun cinta itu mungkin tidak terbalas. 

Berita baik bagi anda yang mendambakan semoga cinta anda terbalas. Pada Hari Kekasih kali ini, SOCAR akan mengganjari cinta anda di dalam kempen Hari Kekasih SOCAR. Bertemakan #LOVEFORALL, terdapat satu pertandingan yang menawarkan hadiah percutian istimewa kepada mereka menzahirkan rasa cinta mereka, selain beberapa ganjaran lain untuk ahli SOCAR! 

Menangi percutian 2 malam ke Pulau Pinang dalam pertandingan Instagram #LOVEFORALL 
Untuk menyertainya, anda hanya perlu memuat naik ke Instagram gambar rakan, teman baik, kucing, harta paling berharga atau makanan kegemaran anda, malah apa-apa sahaja yang mana anda tidak boleh hidup tanpanya. Di bahagian kapsyen, kongsikan kisah kasih sayang anda dan ceritakan kepada kami kenapa anda amat menyayanginya. Tag @socar.my dan tiga rakan yang lain di dalam penghantaran berkenaan dan masukkan tanda pagar #SOCARMY #LOVEFORALL #LOVESTORIESCONTEST. 

Jangan lupa untuk mengikuti akaun Instagram @socar.my. Pertandingan Instagram #LOVEFORALL dibuka mulai sekarang hingga 29 Februari 2020. Penyertaan yang paling kreatif bakal memenangi satu hadiah berupa penginapan 2 malam di The Edison George Town Hotel untuk dua (2) tetamu, jadi jangan berlengah! 

Kejutan SOCAR2U 
Dapatkan kejutan istimewa apabila anda membuat tempahan SOCAR2U daripada 6 hingga 29 Februari 2020! Kereta anda akan dihantar bersama-sama snek enak dan sekeping kad Hari Kekasih SOCAR. 

Promosi Hari Kekasih 
Dapatkan ganjaran apabila anda menempah SOCAR daripada 6 hingga 16 Februari 2019, untuk perjalanan di antara 10 hingga 16 Februari 2020. Anda akan menerima kupon 111 minit PERCUMA! Harap maklum bahawa anda perlu membuat tempahan untuk sekurang-kurangnya 5 jam. Tempahan kereta BMW dan MINI tidak layak untuk promosi ini. 

Khidmat SOCAR2U kini boleh didapati di Desa Park City dan Lapangan Terbang Subang 
Berita baik untuk penduduk Desa Park City dan pelanggan yang sering menggunakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang! Anda boleh menempah SOCAR dihantar terus kepada anda secara percuma ekoran pengembangan operasi SOCAR2U ke dua lokasi berkenaan. Kini, Desa Park City dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz dimasukkan ke dalam senarai lebih daripada 11 kawasan di Lembah Klang dan Pulau Pinang yang diliputi oleh perkhidmatan penghantaran kereta ini, termasuk Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, TTDI, Damansara Utama, Damansara Intan, Sea Park, Sunway, Subang Jaya, SS15 dan Bayan Lepas. 


Untuk merasai sendiri pengalaman SOCAR, muat turun aplikasi berkenaan di Google Play Store atau Apple App Store. Ikuti laman Facebook SOCAR untuk melihat promosi serta tawaran terkini.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO