BENGKEL “FASHION THAT FITS ALL” SEBARKAN MESEJ "BODY POSITIVITY"

Dari Kiri Rita Sosilawati, Nazirah Ashari, Models, Nur Fadhilah dan Izza Izelan

Wanita dari pelbagai latar belakang telah berkumpul untuk meraikan permulaan Bulan Wanita Sedunia di bengkel “Fashion That Fits All: Career Edition”. Bengkel ini merupakan bengkel ketiga sempena kempen body positivity yang dimulakan oleh jenama fesyen yang terkenal dengan fesyen plus size di Malaysia, iaitu Ms. READ, dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls).

Kempen #MSRBodyPositive MS. READ kekal meraikan wanita yang terdiri daripada pelbagai rupa, saiz dan umur. Bengkel “Fashion That Fits All: Career Edition” merupakan bengkel ketiga dan terakhir anjuran kempen 2019/2020 #MSRBodyPositive yang terdiri daripada sesi perkongsian dari aspek perniagaan dan industri kreatif, penggayaan fesyen dan sesi solek dimana keduanya bertemakan kerjaya.

Dari Kiri:  Izza Izelan, Rita Sosilawati, Helen Read

Terbahagi kepada tiga sesi, bengkel ini memaparkan tetamu jemputan dan dihadiri oleh peserta wanita berumur 20 hingga 35 tahun. Sesi pertama bermula dengan sesi perkongsian kemahiran kerjaya bersama Rita Sosilawati, seorang usahawan dan influencer di mana beliau mengasas Victoria Sloane, sebuah jenama koleksi bag. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, sebuah jenama kosmetik di mana Rita meneruskan legasi ibunya, Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.

Sesi ini diteruskan dengan Nazirah “Nazz” Ashari, beliau merupakan Pengarah Strategi di TBWA\ Kuala Lumpur dan seorang influencer yang memperjuangkan pelbagai agenda termasuk body positivity. Kedua-dua wanita ternama ini telah berkongsi perjalanan kerjaya mereka dari perspektif industri perniagaan dan kreatif.

“Body positivity merupakan satu topik yang dekat di hati saya, saya ingin bergerak ke arah sebuah masyarakat yang menerima semua saiz dan rupa, dan ini juga merupakan definisi MS. READ sendiri. Terdapat pelbagai cara anda boleh bersuara, tapi saya memilih fesyen sebagai platform untuk menyebarkan mesej dan memperkasakan wanita.” Kata Helen Read, Pengasas MS. READ.

Bengkel ini diteruskan dengan penggayaan fesyen dan tips bertemakan kerjaya. Nazirah Ashari telah melakukan penggayaan untuk cara-cara seseorang boleh bergaya ke kerja dan semasa sesi temuduga menggunakan koleksi kerjaya MS. READ. Dari pelbagai corak dan gaya, beliau juga menggayakan pakaian yang bersesuaian dengan wanita bertudung.

Di samping itu, beliau juga memberikan tips profesional dalam menggayakan pelbagai bentuk badan. Di sesi ketiga, peserta dapat menyaksikan Nur Fadhilah Abdul Wahab atau lebih dikenali sebagai makeupbyfadh, seorang jurusolek yang telah melakukan solekan sejak 2013 dan telah melakukan pelbagai jenis rupa untuk acara yang berbeza.

Selain menunjukkan tutorial solekan yang bersesuaian untuk ke tempat kerja, beliau juga berpeluang untuk berkongsi bersama peserta tentang petua solekan secara umum. Akhir sekali, bengkel ini telah memaparkan sebuah aktiviti menarik untuk sesi ke-empat yang dipanggil “Penggayaan Kad Personaliti” dan ia merupakan sebuah aktiviti di mana peserta dapat bergaya mengikut kreativiti masing-masing, berdasarkan kad personaliti yang diberikan kepada mereka.

Untuk sesi penggayaan ini, mereka telah menggunakan koleksi kerjaya MS. READ.

“Ini merupakan bengkel #MSRBodyPositive ketiga bersama MS. READ, dan kami berbangga dapat menyertakan diri dalam initiatif ini. Sebagai seorang wanita, ada kalanya persepsi kecantikan itu dapat menjadi toksik kerana kita dijangka untuk mengikut persepsi itu. Tetapi saya rasa konfiden diri itu penting untuk seorang wanita kerana cantik itu subjektif, dan hanya kita dapat mendefinisikan diri kita sendiri.” Tambah Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN:girls.


Sebelum kesemua bengkel dijalankan, MS. READ telah mengeluarkan koleksi Statement Tee melalui kempen #MSRBodyPositive di mana RM10 akan disumbangkan kepada WOMEN:girls dengan setiap pembelian daripada koleksi tersebut. Sumbangan itu telah disalurkan kepada sebuah program yang membantu wanita membina kemahiran kepimpinan dan harga diri dengan cara meningkatkan kesihatan mental, emosi dan fizikal.

Pada 30 November 2019, koleksi ini telah mengumpulkan sumbangan sebanyak RM33,540 dengan sokongan umum kepada MS. READ dan WOMEN:girls. Bengkel pertama MS. READ dan WOMEN:girls yang telah diadakan pada Julai 2019, dengan tema “Stronger Mind, Stronger Self”, telah diadakan di OhanaJo Studio Bersama Jojo Struys, di mana peserta berpeluang untuk fokus kepada kesihatan minda dan badan, menyertai kelas menari yang menggembirakan dan menenagkan diri dengan sebuah sesi Sound Bath.

Bengkel kedua pula, iaitu “Fashion That Fits All: Styling for Success” fokus kepada sesi perkongsian bersama ibu dan usahawan ternama Helen Read, Pengasas MS. READ dan Ija Ahmad, Pengasas sebuah jenama tudung, D’Haja. Bengkel kedua itu juga diteruskan oleh penggaya selebriti Tym Fatimah dan Nazlivingastyle.

Melalui kempen ini, MS. READ dan WOMEN:girls ingin sentiasa meneruskan perjuangan untuk menyambut kecantikan dari semua saiz dan rupa dan pada masa yang sama menyebarkan mesej tentang body positivity dengan meluas.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA