KAKA AZRAFF DENDANGKAN JAWAPAN KEPADA LAGU BAHARU ALI GATIE



Penyanyi popular Kaka Azraff baru-baru ini sempat merakamkan lagu serta video berjudul ‘Bila Kau Ucapkan Cinta’ sebagai jawapan langsung kepada lagu terbaru Ali Gatie ‘What If I Told You That I Love You.’

Beralunkan kord gitar dan rentak rancak, Kaka menjawab balada Ali dengan sikap “setelah kau mahukan diri ku, namun kau tak boleh memiliki diri ku”. Nyanyian Kaka di dalam Bahasa Melayu “Bila kau katakan kau cinta, aku langsung tak percaya,” diselang-selikan dengan irama ‘catchy’ dan menarik sebagai jawapan kepada lirik Alie tentang kemungkinan kehilangan pasangan atau kekasih.

Mengulas tentang lagu tersebut, Kaka menyatakan “Saya menyukai lagu Ali, dan saat diberi peluang untuk menjawab kepada lirik lagu asalnya merupakan sesuatu yang baru buat saya namun amat saya hargai. Apalagi tika melagukannya dalam Bahasa Melayu, saya cuba membuat versi saya sendiri namun masih tidak lari dari versi asal. Saya harap Ali akan menyukainya!”

Dengan lebih 1.5 bilion putaran, Ali Gatie sudahpun memulakan tahun baru dengan gah. Beliau akan mengikuti siri jelajah seluruh dunia dan Kuala Lumpur menjadi perhentian pertamanya di Asia minggu depan! Ali sudah bersedia untuk membuat kemunculan sulungnya di sini pada 4 Mac 2020 di KL Live, Life Center. 

Sejak melancarkan karya pertamanya secara sendiri dalam masa dua tahun, putaran lagunya telah melebihi satu billion dengan lagu-lagu seperti “Say To You," “It’s You” dan “Moonlight,”, yang mengukuhkan keudukan Ali Gatie di kalangan artis baru dalam genre pop serta R&B tahun ini.

Pada tahun 2019, Ali mengeluarkan EP pengenalannya berjudul YOU dan meraih status platinum RIAA untuk lagu hebatnya “It’s You," yang berjaya mendapat tempat pertama di carta Malaysia sejak pelancarannya walaupun bergelar artis baru. Ali Gatie cuba menyelami dengan lebih mendalam subjek-subjek rumit yang sering menjadi ilham artis-artis tersohor. Kelemahan, cinta dan kasih setia merupakan konsep yang sering diselitkan dalam karya-karyanya.


Kaka Azraff pertama kali muncul di dalam dunia hiburan pada tahun 2012, apabila beliau bekerjasama dengan pelakon, pengacara dan penyanyi popular, Zizan Razak dengan lagu ‘Bawaku Pergi’ yang mendapat sambutan yang hangat.

Beliau baru-baru ini mengeluarkan satu single baru yang dikenali sebagai ‘Diamonds’, khusus untuk cinta dalam hidupnya, iaitu suami dan juga anaknya yang baru dilahirkan pada Oktobr 2019. Lagu ‘Diamonds’ ini menyaksikan sekali lagi Kaka bekerjasama dengan Alif. Kali pertama mereka bekerjasama menerusi single hit ‘Bukan Hal Aku’ yang mempopularkan nama Kaka dan membawanya ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-30.

Kaka juga telah muncul dalam beberapa rancangan televisyen, drama dan filem seperti 'Fear Factor Selebriti Malaysia', 'Duo Star', 'Aliff Dalam 7 Dimensi' dan 'Interchange'.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI