Restauran Paya Serai, Hilton Petaling Jaya bakal memberikan tribut kepada Seniman Negara, Tan Sri P. Ramlee dengan membawakan hidangan bufet Ramadan ini yang bertemakan “Nostalgia Tan Sri P. Ramlee”.
Ia adalah sebahagian daripada promosi Ramadan hotel-hotel Hilton di Malaysia iaitu “Chup! Makan Dulu”. Para pengunjung dijemput untuk berbuka puasa dengan keluarga serta rakan-rakan. Peminat Tan Sri. P Ramlee pastinya akan teruja makanan kegemaran artis popular sepanjang zaman tersebut bakal ditampilkan dalam makan malam bufet Halal, yang terdiri daripada lebih 350 jenis makanan dan 30 gerai yang memasak secara langsung.
|
Nasi Briyani Kambing “Antara Dua Darjat” |
Bufet Ramadan bakal bermula pada 6.30 petang -10.30 malam dan boleh didapati dalam tempoh 20 April – 23 Mei 2020.
|
Gerai Gulai Kawah Masdo Amore Minami |
|
Kon aiskrim ala kampung |
|
Asam Pedas Salmon di Gerai Periuk Tanah Cik Normah |
|
Gerai Apam Balik |
|
Miyo Tokai No Sora Akete |
|
Gerai Madu Tiga menghidangkan Biskut, Buah Melaka dan Kuih Ketayap |
|
Aneka Air Balang Yang Menyegarkan |
Harga seorang adalah RM158 nett untuk dewasa dan RM78 nett untuk kanak-kanak untuk tempoh 23 – 27 April 2020 dan 17 – 23 Mei 2020. Dalam tempoh 28 April – 16 Mei 2020, harga makan malam bufet adalah RM168 nett untuk dewasa dan RM88 nett untuk kanak-kanak. Harga istimewa (early bird) adalah RM118 nett untuk dewasa dan boleh ditempah sebelum 5 April 2020.
|
Hidangan istimewa yang digemari oleh Tan Sri P. Ramlee. |
|
Ikan Keli Berlada dan Ubi Kayu Rebus |
|
Kari Ikan |
|
Pucuk Manis Masak Lemak |
|
Puyuh Goreng Berempah |
Selain daripada menampilkan makanan kegemaran Tan Sri P. Ramlee, Hilton Petaling Jaya juga mengetengahkan lagu-lagu dan filem-filem beliau sebagai inspirasi dalam menamakan gerai-gerai "live-action". Contohnya, Gerai Mimuman “Ohh Manisku” yang menghidangkan Teh Tarik dan Kopi, Mamak Corner “Simpang Enam Komtar” yang menghidangkan Penang Char Kway Teow, Bee Hoon, Mee Mamak dan Maggi, Roti Station “Panggilan Pulau” menampilkan Tossai, Roti Canai, Roti Boom, Murtabak, Roti John, Kari Ayam Mamak dan Dalcha, Nasi Briyani Kambing “Antara Dua Darjat” terdiri daipada Kambing Mamak Special dengan Briyani dan Goreng-Goreng “Orang Minyak” untuk pelbagai hidangan goreng panas-panas Pisang, Keladi, Cempedak, Sukun, Sweet Potato, Karipap, Samosa, dan Popiah Goreng,
Sambil menikmatu juadah berbuka puasa, para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan "live" lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Tan Sri P. Ramlee dan juga tayangan filem-filem beliau. Para peminat beliau turut berpeluang untuk berselfie dengan pameran portret, hiasan bertema, kereta beliau dan sebagainya.
|
Berhibur sambil makan dengan dendangan lagu-lagu popular Tan Sri P. Ramlee |
Paya Serai terletak di aras lobi Hilton Petaling Jaya dan dibuka setiap hari mulai jam 6 pagi sehingga 10:30 malam.Diskaun istimewa 25% boleh dinikmati oleh ahli Hilton Dining APAC dan diskaun 15% untuk pemegang kad kredit yang terpilih.
Untuk maklumat lanjut dan juga tempahan, sila hubungi +603 7955 9122 atau layari laman web
eatdrinkhilton.com
Comments
Post a Comment