NYSAA NAZRY KEMUKAKAN LAGU SINGLE PERTAMA "SEKALI INI"



Pendatang baharu industri muzik Malaysia, Nysaa Nazry, 24 muncul dengan single pertama bertajuk 'Sekali Ini'. 

Sekali Ini, lagu yang membawakan konsep pop merupakan hasil ciptaan bersama komposer yang sedang meningkat naik, Ikhwan Fatanna dan Kautsar. Lagu yang mengangkat tema cinta yang dikhianati ini menjadi bertambah syahdu apabila Nysaa menyampaikannya dengan penuh penghayatan. Penyampaian emosi dalam muzik video juga memberi rasa kepada pendengar untuk lebih menjiwai lagu ini.

Selain menyanyi, gadis dari Subang Jaya ini turut mempunyai bakat bermain drum. Nysaa akan mengisi masa lapang jika tiada apa-apa aktiviti dengan bermain drum dan membuat ‘cover song’ di mini studio beliau.


Single “Sekali Ini” merupakan kerjasama Nysaa dan Monkey Bone sebagai pengedar. Lagu ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Akazoo, Joox dan juga Apple Music bermula 06 MAC 2020.

Ikuti Nysaa di Instagram : https://www.instagram.com/nysaa.nazry


Comments

Popular posts from this blog

‘BUKAN IPAR SEMPURNA’ SELAMI SISI GELAP PERKAHWINAN YANG TERCEMAR OLEH RAHSIA, DENDAM & PENGKHIANATAN

SIRI MEGADRAMA TERBAHARU ASTRO ‘DIA BUKAN SYURGA’ PAPAR PERJUANGAN WANITA

SEJUTA BINTANG KEMBALI, TOP 32 BERSEDIA BERSAING DALAM CALPIS SODA ONE IN A MILLION!

MEMPERKASA OPTOMETRIS: KKM LANCAR GARIS PANDUAN PENJAGAAN MATA PRIMER BAHARU