REALME C3 DIKUASAKAN CIP MEDIATEK HELIO G70

(Dari Kiri) Mr. Richard Yu, Brand Key Account Manager of Shopee; Ms.Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia; Mr. Hunter Wang, CEO of realme Malaysia; and Mr. KC Har, Product Manager of realme Malaysia 

Suku pertama tahun 2020 dikuasakan dengan penambahan ahli baharu realme C Series iaitu realme C3. Model ini turut menjadi siulan peminat realme dengan ketersediaan realme UI yang baharu sahaja diperkenalkan, memberikan rasa premium pada pengguna. Kelebihan realme C3 bukanlah pada harga dan rekaannya semata-mata, namun 4 ciri utama iaitu Prestasi, Bateri, Paparan dan Kamera. 

Menurut Tiffany Teh selaku Pengurus Jenama realme Malaysia, “Kami mendapat pelbagai maklum balas dari pengguna yang mahukan realme UI dan Android 10 di dalam satu model. Kemasukan realme C3 adalah jawapannya. Malah ianya juga model pertama di dalam segmen yang menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G70 yang kuat dan pantas, sekaligus menjadikan impian pengguna tegar media sosial dan mobile gamers satu kenyataan”. 

realme C3 - Triple Camera, Game Monster 

Model ini dilengkapi 3 kamera utama iaitu 12MP+2MP+2MP. Kamera utama belakang mempunyai aperture bersaiz F1.8. Ia berupaya mengezum sehingga 4X selain menyokong autofocus PDAF. Kelebihan yang lain adalah pada kualiti gambar yang kelihatan jelas sama ada pada siang hari, keadaan cahaya rendah juga pada persekitaran gelap. Bagi kamera makro dengan saiz lensa 4CM, berupaya memberi gambar yang lebih terperinci apabila pengguna mengambil gambar objek yang sangat kecil juga menyokong fungsi bokeh. 

realme C3 mempunyai ciri menarik seperti Chroma Boost, mod potret dan rakaman video slow motion yang sukar dicari bagi segmennya. Ciri Chroma Boost, melalui algoritma pemetaan peringkat piksel, mengembalikan kecerahan dan warna, memberikan rangkaian dinamik, kontras skrin dan warna terang yang lebih baik. 

Selain itu, kameranya turut menyokong mod HDR secara automatik. Ia didatangkan dengan kualiti video 1080p dan video slow motion pada 120 fps. Di bahagian hadapan, kamera 5MP selfie dilengkapi fungsi kecantikan AI, mod HDR, mod potret dan ciri Panoselfie untuk mengambil swafoto yang lebih luas. 

Reka Bentuk dan Paparan 

realme C3 dilengkapi dengan paparan terbesar bagi segmen ini dengan paparan mini drop 6.5" HD+ yang 30.9% lebih kecil daripada dewdrop biasa, juga nisbah skin badan pada 89.8%. Paparan sebesar ini membantu meningkatkan pengalaman menonton video, bermain permainan atau menyusuri media sosial. Bagi warnanya pula, realme C3 terdapat dalam dua warna Blazing Red dan Frozen Blue, masing-masing membawa simbol lava panas dan glasier sejuk. 

Prestasi Terbaik Bagi Kelasnya 

Model realme C3 adalah telefon pertama di dunia dengan cip pemproses MediaTek Helio G70, yang terbaik dalam segmen ini selain mempunyai Teknologi Permainan MediaTek untuk mengoptimumkan latensi rangkaian. Ia menggunakan lapan teras 12nm dengan keupayaan clock speed pada 2.0 GHz dan GPU ARM Mali-G52 menjadikannya salah satu yang terpantas dan terkini dalam kategorinya. 

Dengan skor penanda aras Antutu lebih dari 1,93,000, realme C3 membuktikan ia adalah telefon pintar yang dapat memberikan prestasi terbaik dalam segmen ini, juga skor jauh lebih tinggi dari mana-mana telefon dalam segmen ini. Bagi sambungan berkelajuan tinggi, realme C3 mempunyai dwi-Wi-Fi yang memberi sambungan jalur lebar lebih pantas dan lancar 

realme C3 juga mempunyai slot kad triple dengan slot dual SIM dan slot kad SD yang boleh ditambah sehingga 256GB. Lebih menarik, ia juga menyokong pembukaan cap jari sepantas 0.27 saat, pengecaman muka dengan satu klik atau sekilas pandang. Sudah pasti fungsi ini memudahkan pengguna dan menjamin privasi pada masa yang sama. 

Bateri 

Dilengkapi bateri sebesar 5000mAH, realme C3 membantu anda menikmati hiburan tanpa had, berbual selama berjam-jam, mendengar muzik, bermain permainan dan menavigasi perjalanan jauh tanpa sebarang gangguan. Ia juga menyokong pengecasan terbalik (dengan aksesori tambahan) yang berupaya mengecas peranti lain seperti powerbank. 

Info mengenai realme UI 

realme UI diilhamkan oleh kehidupan sebenar yang direka dengan fokus pada 4 perkara - warna sistem, ikon, wallpaper, dan animasi. Dari segi warna, realme UI menggunakan skema warna neutral yang membangkitkan rasa semangat dan kesegaran apabila melihatnya. 

Ia juga memperkenalkan fungsi penyesuaian ikon di mana pengguna boleh mengubah bentuk dan saiz ikon, juga menukar saiz grafik dalaman ikon. Dari segi animasi sistem pula, realme UI dilengkapi dengan enjin animasi kuantum terkini, yang meningkatkan kecerahan skrin. 

Terdapat beberapa fungsi realme UI yang menarik, antaranya: 

Mod Fokus dapat membantu pengguna mengasingkan diri dari dunia luar, dan sistem pada masa yang sama memainkan beberapa muzik santai. Fungsi ini juga menghidupkan mod DND (Tanpa Gangguan). 

Dual Mode Music Share amat berguna jika dua pengguna cuba menikmati video atau lagu yang sama menggunakan sepasang earbuds tanpa wayar dan earphone berwayar dari satu telefon pada masa serentak. 

Three-finger Screenshot Gesture - Hanya gunakan 3 jari untuk mengambil screenshot, hanya tekan dan tahan skrin, kemudian leret untuk screenshot bahagian skrin yang dipilih. 

Perlindungan Maklumat Peribadi - realme UI berupaya melindungi privasi pengguna di mana sistem ini akan memberikan halaman maklumat kosong apabila aplikasi meminta untuk mengakses maklumat peribadi pengguna.



Variasi
Warna
Tarikh Jualan

realme C3
RM 499



Blazing Red
&
Frozen Blue
Jualan online Shopee bermula
-        3 Mac 2020, 6PM
-        6 bulan waranti tambahan buat pembelian hari pertama online
-        http://bit.ly/C3shppr

Jualan offline bermula
-        7 Mac 2020
-        6 bulan waranti tambahan buat pembelian hari pertama offline

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan promosi realme Malaysia, ikuti halaman Facebook dan Instagram di @realmemalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM