SAHUT CABARAN AGODA UNTUK “MELOMPAT” PADA TAHUN 2020



Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat santainya, lebih-lebih lagi dalam pilihan percutian. Dalam dekad baharu yang penuh dengan serba kemungkinan, dan ketibaan tahun lompat yang hanya berlaku setiap empat tahun sekali, inilah masa yang terbaik untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Agoda, platform percutian digital mengajak anda “melompat” ke destinasi-destinasi percutian dalam negeri yang mempesonakan. 

1. Melompat ke dalam lautan dan berenang bersama gergasi lautan 

Diinspirasikan oleh doku-drama di saluran National Geographic dan Discovery, serta laman Instagram para penyelam, berenang bersama jerung paus sudah pastinya menjadi salah satu aktiviti yang wajib dicuba dalam seumur hidup. Bayangkan keseronokan apabila anda menyaksikan makhluk yang besar ini berenang dengan megah di depan mata anda sendiri sambil dikelilingi hidupan laut yang beraneka. 

Adakah anda berani terjun? Tempah percutian anda ke Semporna, sebuah destinasi yang indah di timur Sabah. Hostel Cube Bed Station yang terletak di pusat bandar ini membolehkan anda menikmati kemudahan awam yang disediakan dengan mudah. Ia adalah pangkalan yang amat sesuai jika anda ingin mengunjungi Pulau Sipadan, salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia.



2. Melompat keluar dari cengkaman gajet 

Saban hari kita terjebak dalam perlumbaan untuk mendapatkan kekayaan dan pangkat. Kita tidak terlepas daripada kesibukan yang timbul daripada media sosial, e-mel, jadual janji temu dan tarikh akhir untuk menyiapkan tugasan. Kadang kala, kita perlukan masa untuk bersendiri, jauh daripada hiruk-pikuk kehidupan kota. Umpama menekan butang “reset”, kita perlukan masa untuk memulihkan badan dan juga minda. 

Segarkan kembali diri anda di Malihom Private Estate Hotel yang terletak jauh dari kesibukan kota di Pulau Pinang. Kawasan peranginan yang mempesonakan ini dikelilingi oleh alam semula jadi yang menghijau dan amat popular dalam kalangan pelancong. Suasana yang damai dan selesa di sini pasti membolehkan anda berehat dan bersantai dengan secukupnya.



3. Melompat kegembiraan dengan lamaran pernikahan 

Gandingkan suasana romantik dengan keterujaan bagi mencipta memori yang sukar dilupakan seumur hidup. Jika anda sedang mencari lokasi yang sempurna untuk melamar gadis idaman anda, pertimbangkan Heli Lounge Bar, yang terletak di aras 34, Menara KH di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Lamarilah si dia di sini dengan berlatarbelakangkan pemandangan 360-darjah yang indah umpama di atas awan, 

Setelah lamaran diterima, raikan detik gembira ini di Kuala Lumpur Journal Hotel, yang direka dengan sentuhan retro moden di Bukit Bintang, sebuah hab hiburan malam yang popular di Kuala Lumpur. Bersantailah di The Swimming Club, yang dilengkapi dengan kolam renang infiniti dan bar yang diinspirasikan oleh nilai-nilai estetik Wes Andersen.



4. Melompat dari satu negeri ke negeri yang lain 

Kepada yang sedang merancang percutian tahun ini, apa kata jika anda jelajahi setiap negeri di negara kita yang indah ini? Alami kepelbagaian budaya dan nuansa yang terdapat di negara kita dalam perjalanan bersama teman-teman anda. Tidak tahu nak bermula dari mana? Apa kata mulakan perjalanan anda dari bandar bersejarah Melaka.a 

Pilihlah daripada ratusan tempat penginapan yang terdapat di sini. Rimba Hang Kasturi, yang terletak di Jonker Street, adalah sesuai untuk kedua-dua aktiviti yang menyeronokkan dan santai. Dari sini, anda boleh jelajahi tempat-tempat yang menarik di Melaka bersama teman-teman anda. 

Jadi, tanpa mengira anda bercuti secara berseorangan atau berkumpulan, luaskan pandangan anda dengan membuat transformasi fizikal dan mental di negara kita sendiri, Malaysia. Apakah halangan anda? 

Masanya telah TIBA!

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"