SHUIB SEPAHTU DILANTIK SEBAGAI DUTA RASMI JENAMA KK



Kumpulan Syarikat KK secara rasminya mengumumkan pelantikan selebriti popular tempatan, Shuib Sepahtu sebagai duta rasmi untuk jenama KK pada satu sidang media yang diadakan di Baiwago Plus Café di Puchong. 

Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira bin Muhamad merupakan juara Raja Lawak 3, juara Maharaja Lawak 2011 dan juara Maharaja Lawak Mega 2013, pengacara TV serta penyampai radio Hot FM, beliau amat dikenali sebagai figura yang berperwatakan lucu, mudah didekati peminat, sifat humor beliau disenangi ramai tanpa mengira umur maka tidak hairanlah Shuib Sepahtu telah dilantik untuk menjadi duta jenama KK yang dilihat selaras dengan visi Kumpulan Syarikat KK yang pelanggan dan kekeluargaan. 


Dengan perlantikan Shuib Sepahtu sebagai Duta jenama KK sudah pasti akan membantu mengukuhkan imej jenama Kumpulan Syarikat KK yang terdiri daripada KK SUPER MART, KK Concept Store, KK Fresh, Baiwago Plus Café, KK Food Court, KK Kopitiam, KK Motorsports, KK Hotel, K2 Corporation, KK Badminton Centre, The Slimming Sanctuary, SKCC Laboratories, Clara International Beauty, Kunci Kuning, K3 Coffee Lab, Happy Momentum and Green Villa Resort. Sebagai permulaan, Shuib Sepahtu akan memulakan peranan sebagai duta KK SUPER MART seterusnya diikuti dengan anak syarikat lain di bawah Kumpulan Syarikat KK. 

KK SUPER MART merupakan rangkaian kedai serbaguna semenjak tahun 2001. Terkini KK SUPER MART sudah mencecah ke 435 outlet dan masih rancak mengembangkan empayar perniagaannya di seluruh Malaysia. Selari dengan misi syarikat untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada semua pelanggan, KK SUPER MART dilihat berada di mana-mana sahaja sepanjang 7 hari dalam seminggu dengan waktu operasi 24 jam. KK SUPER MART sentiasa menawarkan pelbagai perkhidmatan serta produk dari pelbagai jenama yang meliputi 9 ribu SKU dalam setiap outlet. Bagi memastikan pelanggan dari kumpulan berpendapatan sederhana dan ke bawah menikmati harga yang lebih baik dan berpatutan maka KK SUPER MART sentiasa membuat perbandingan harga dengan syarikat peruncitan lain. Bukan setakat itu sahaja, bahkan menyahut cabaran untuk memperluaskan perniagaan di luar negara iaitu di Nepal dan India yang kini sudah mempunyai 19 outlet keseluruhannya. 


Anak Syarikat di bawah Kumpulan Syarikat KK terdiri daripada pelbagai rangkaian bisnes dan menyediakan pelbagai perkhidmatan pembayaran elektronik seperti Touch N’ Go e-wallet, Boost, Razer Pay, Forest One, Maybank QR Pay, MCash, Grab Pay, AliPay, Wechat Pay, Sarawak Pay, TA Pay, GHL dan banyak lagi. Terdapat juga outlet berkonsepkan kafe santai yang menghidangkan kopi dan pastri hebat, juga boleh didapati salun kecantikan dan resort yang damai dikelilingi suasana kehijauan hutan. Dengan wujudnya pelbagai rangkaian bisnes ini maka Syarikat Kumpulan KK mempunyai harapan tinggi agar dapat memenuhi permintaan pelanggan dari pelbagai aspek. 

Kumpulan Syarikat KK yakin dapat membina jenama ke tahap lebih positif dengan membawa Shuib Sepahtu sebagai duta jenama dimana beliau mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan misi syarikat. 


Tahun 2020 akan membawa Shuib Sepahtu sebagai Duta Jenama KK dalam penglibatan aktiviti pemasaran Kumpulan Syarikat KK termasuklah KK Jom Kongsi Raya, Larian Amal iSUKEWP , Karnival Muzik KK dan banyak lagi aktiviti promosi dan pelancaran produk serta banyak lagi agenda lain. Nantikan berita terkini daripada kami dari semasa ke semasa. 

Terbaru Kumpulan Syarikat KK menzahirkan simpati dengan isu berita ancaman Coronavirus di Wuhan diimana KK SUPER MART menawarkan harga berpatutan bagi topeng surgikal dan pembersih tangan yang kini terhad di pasaran. Dalam usaha lain, KK SUPER MART turut menghasilkan Eko Beg Wuhan yang kini berada di outlet bagi menunjukkan tanda sokongan kepada semua sukarelawan dan mangsa. Kumpulan Syarikat KK turut bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu membendung penularan wabak ini di Malaysia. Sebagai duta jenama, Shuib Sepahtu turut menyuarakan simpati kepada mangsa dan menasihatkan agar semua mengambil langkah keselamatan seperti yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan. 

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK iaitu Yang Berbahagia Datuk Seri Dr.KK Chai menyeru kepada pemilik aset agar memainkan peranan semasa krisis ini berlaku dengan cara memberi pertimbangan mengurangkan kadar sewa pada premis komersial. Dengan cara ini sudah pasti sedikit sebanyak dapat menyelamatkan pekerjaan rakyat . 

Di samping itu sebagai tanda sokongan, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr.KK Chai telah mewakili RELA Kehormat menyerahkan sumbangan kewangan berjumlah RM135 ribu kepada Kedutaan China di Plaga OSK Jalan Ampang Hilir, Taman U Thand, 55100 Kuala Lumpur pada 1 Februari lalu 

Kita semua sedar bahawa isu Coronavirus turut memberi impak kepada pasaran peruncitan. Industri perlancongan paling terkesan dimana semua masyarakat panik dan dalam keadaan ketakutan untuk terdedah di persekitaran luar. Kesannya pelanggan yang sering berbelanja di pasaraya dan perniagaan peruncitan berkurangan seterusnya aktiviti perniagaan merudum. Boleh dikatakan separuh daripada kelompok pelanggan ini berkurangan. 

Turut terkesan kepada Malaysia ialah agenda Tahun Melawat Malaysia 2020 dimana kerajaan telah memperuntukan sejumlah bajet yang tinggi dalam industri perlancongan. Bukan sahaja impak Coronavirus malahan kita dikejutkan dengan berita kekecohan politik di Malaysia. Kedua-dua impak ini yang berlaku serentak membawa kesan buruk kepada negara. 

Kumpulan Syarikat KK akan sentiasa bersama anda dan memberi hasil yang terbaik buat semua pelanggan. Anda dan kita semua saling memahami kehendak dan keperluan maka marilah bersama menyokong usaha ke arah kesejahteraan negara dan dunia. 

Turut juga mengambil inisiatif lain, KK SUPER MART masih meneruskan bantuan kepada komuniti yang memerlukan melalui beberapa projek antaranya ialah Projek Food Bank di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) di bawah kerajaan Selangor, Skim Peduli Sihat bagi kumpulan B40 dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan projek Inisiatif Kedai Ekonomi Pengguna (i-KeeP) kelolaan KPDNHEP. 

Terbaru KK SUPER MART akan memulakan projek Gerobok Muhibah di 3 masjid besar utama di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Shah Alam. Selain itu aktiviti tahunan dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) masih dijalankan berterusan seperti bantuan sempena Tahun Baru Cina bagi majlis BB Charity, bantuan sempena sambutan Deepavali untuk komuniti India dan bantuan kepada komuniti Melayu bagi projek Jom Kongsi raya. 

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO