AMAN CENTRAL BERI SOKONGAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN
Sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dalam menentang COVID-19, pusat membeli-belah terbesar di Alor Setar, Aman Central dan penyewanya telah bekerjasama untuk menyumbangkan sebanyak 150 set makanan sihat dan peralatan keperluan harian kepada mereka.
Antara petugas barisan hadapan yang mendapat sumbangan tersebut adalah terdiri daripada anggota polis dan petugas perkhidmatan penghantaran makanan. Inisiatif ini selaras dengan komitmen syarikat untuk menghargai pengorbanan mereka dan memastikan petugas barisan hadapan sentiasa bersemangat dan bermotivasi, ketika bekerja dalam situasi kritikal ini,
Para penyewa yang terlibat dalam program sumbangan itu termasuk OISO, The Alley, iMax dan House California yang menyediakan nasi goreng Korea dengan ayam goreng, beg kalis air, aksesori telefon bimbit serta minuman.
“Usaha kami kecil berbanding dengan apa yang mereka hadapi setiap hari. Aman Central memberi sokongan kepada mereka dan turut berikan keperluan lain seperti topeng muka, cecair pembersih tangan serta sarung tangan kepada hero tidak didendang ini, kerana mempertaruhkan nyawa bekerja sepanjang krisis ini,” said Ken Chin, Pengurus Kanan, Komunikasi Pemasaran Aman Central
Insp Mohd Rozilan bin Mat Yusoff (Ketua Polis Balai Alor Setar) (kedua dari kiri) menerima sumbangan daripada Aman Central. |
“Kami ingin menghargai pengorbanan dan dedikasi petugas barisan hadapan dalam menentang ancaman penularan COVID-19. Kami harap dapat ringankan beban petugas hadapan dengan cara kami tersendiri. Mereka adalah sebahagian daripada sejarah Malaysia dan juga merupakan wira-wira negara,” tambahnya lagi.
Untuk maklumat lanjut tentang perkembangan terbaharu tentang Aman Central, sila ikuti laman Facebook www.facebook.com/AmanCentralAlorSetar atau @amancentral di Instagram.
Comments
Post a Comment